Pages - Menu

Harry Potter Party anak-anak Datuk Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida

Hello pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella dan family ke Sugeh Resort Janda Baik, Pahang menghadiri jemputan Harry Potter Party iaitu majlis sambutan harijadi ke enam-enam anak kesayangan Datuk Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Shahida.



Bila dapat jemputan, terus bersemangat nak pergi tapi biasalah Misz-ella kan mak-mak fesyen dulu-dulu, suka berjalan bawak anak, menantu, cucu *ehhh .. tipu i belum naik pangkat jadi nenek lagi you alls* maka kita pun planning ..

Di pagi hari 19hb Disember, Misz-ella whatsapp Datin Sri Shahida "Kak Ella datang dengan anak Kak Ella ye" Ida pun jawab "OK kak"

Rasanya Aiman dan Huda lah yang paling bersemangat sekali. Mungkin sebab dah lama tak jalan jauh dan tiap-tiap hari jadual kami hanya Kerja, Kerja dan Kerja maka Aiman cakap "Ma, pukul 9 kita gerak. Kita jalan pelan-pelan"

Dalam kereta Aiman cakap "Ma tak beli apa-apa ke untuk anak-anak tu" "OK jom kita pergi mana-mana shopping mall yang dah bukak untuk beli sesuatu"

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah SWT maka dapatlah kami beli sesuatu buat anak-anak yang diraikan ini.


Selepas 'check-in' check suhu badan semua, Misz-ella terus dapatkan Datin Sri Shahida .. say Hello Hello. Ida ni baik, dia tak banyak cakap dia lebih kan senyuman je. Sebenarnya kami dah banyak kali jumpa. Di sebuah majlis anugerah berprestij tahun lepas, masa majlis pelancaran produk AS Legacy dan Misz-ella pernah ke Aliff Syukri Palace di Kota Damansara. Orang kata Ida dan Aliff Syukri ni sombong .. tipu lah tu, Elok je layanan dia masa kami datang rumah dia. Hidang makan minum dan seingat Misz-ella lah, Ida tak pernah tak jawab Whatsapp Misz-ella, walau sibuk macamana pun dia.



Lepas tu kita makan. Ada Spagetthi, roti jala, kuih muih, buah-buahan di meja utama *kerana lapar, Misz-ella lupa nak ambik gambar* Ada jugak apam balik dan paling best adalah Kambing Bakar. Sebelum tu Datuk Sri Aliff Syukri dah cakap "Kak, kambing tu saya bela sendiri. Organic. Akak kena try" lepas tu dia cakap kat Aiman "kau kena makan 3 ekor" .. dan kami pun gelak besar.

Lepas tu adalah Majlis memotong kek harijadi yang turut disertai oleh Bonda Rozita, Yatie Sendayu Tinggi dan ibu bapa Datin Sri Shahida. Seronok kita nyanyi lagu Harijadi macam-macam versi. Budak-budak double seronok lah sebab ada games, ada magic show .. 


Harry Potter birthday party *love the decoration and ambiance*

Lepas makan, Misz-ella pergi say Hello to Bonda Rozita. Ya Allah seronoknya borak dengan wanita yang sangat dikagumi ramai ini. Bonda sangat peramah dan sempat berkongsi tips berkaitan dengan kehidupan. Saya follow Bonda Rozita dah lama, dari zaman Sendayu Tinggi lagi, saya baca semua blogpost Bonda. Saya kagum dengan kegigihan dan semangat juang tinggi yang Bonda miliki - besarkan anak, nak cari rezeki untuk bangunkan ekonomi keluarga .. bukan senang, kan tapi itu lah The Power of Woman. Orang kata wanita itu insan yang lemah dan harus dilindungi tapi you don't play-play k .. dengan izin Allah SWT, seorang wanita boleh menjadi luarbiasa kuat dan mampu mengegar dunia. 



Seperti biasa kalau dengan Datuk Sri Aliff Syukri ni ada je idea dia nak buat kita ketawa. Suka tengok 'bonding' antara dua beranak ni .. usik mengusik .. mesra gitu. Aliff Syukri ni memang anak mak, boleh nampak yang dia sayang mak dia walaupun Bonda geram dia suka buat hal tapi kesimpulannya .. kita semua manusia yang tidak sempurna. Masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Pandanglah kebaikan, sebarkan lah yang baik-baik .. buruk orang kita simpan untuk diri kita sahajalah.




Sajat kawan baik Datuk Sri Aliff Syukri pun datang dengan mak dan adik dia. Actually majlis ni tak ramai jemputan pun. Kerusi tidak disusun rapat untuk jaga social distancing .. satu meja untuk 6 orang je. Tetamu pun datang berperingkat-peringkat.


Aiman memang peminat Datuk Sri Aliff Syukri. Dia tengok semua video YouTube Terlajak Laris ..meh kita ambik gambar buat kenangan.



Akhirnya, tiba lah masa untuk kami pulang maka kami pun say Goodbye kepada semua. Thank You Ida sentiasa jemput Kak Ella. Kami sekeluarga happy menjadi tetamu di majlis yang sangat cool ini - makanan sedap, layanan dari tuan dan puan rumah sangat awesome .. we can feel loves everywhere dan Sugeh Resort Janda Baik sangat cantik, ada banyak insta-worthy spot, sempat Misz-ella berfotoan sebelum balik but I dont want to share it with you all now. Kita simpan dulu untuk satu blog post khas tentang Sugeh Resort nanti ye.

Sekian. Blog post khas kisah kami menjadi tetamu di Harry Potter Party pada 19 Disember yang lalu buat kenangan hari tua kami. Terima Kasih baca. Bye.













No comments:

Post a Comment