Pages - Menu

Orang-orang yang ada "Narcisstic personality disorder"

Hai pembaca blog Dari Jari-Jari Halusku,

Baru-baru ini viral tentang selebriti terkenal Neelofa yang dikatakan mempunyai masalah "Narcissistic personality disorder" atau dalam bahasa Melayunya ialah gangguan keperibadian narsistik hasil daripada kajian yang dijalankan oleh seorang pengguna facebook bernama Putera Nur Muhammad Raihan. Panjang lebar dia menulis. Misz-ella baca berulang-ulang kali sampai betul-betul faham.

Yang ingin Misz-ella kongsikan di sini bukan lah tentang Neelofa tetapi tentang "Narcisstic personality disorder" tersebut. Jom kita sama-sama baca.

"Narcissistic personality disorder" atau gangguan keperibadian narsistik adalah satu keadaan mental di mana seseorang itu mempunyai rasa taksub pada diri sendiri yang sangat tinggi, mempunyai keinginan mendalam mahu di beri perhatian dan mahu dikagumi oleh orang lain secara berlebihan. Orang yang mempunyai "narcissistic personality disorder" juga kurang rasa empati terhadap orang lain. 

Walaubagaimanapun, di sebalik topeng keyakinan yang melampau ini terdapat harga diri yang rapuh yang rentan terhadap kritikan sedikit pun.

OK mari kita huraikan dengan ayat yang lebih mudah :-

1) orang narcisstic ni dia taksub pada diri sendiri - dia rasa dia betul, dia paling cantik, paling pandai, paling bagus, paling disayangi. Dalam apa juga keadaan, dia lah yang "Paling". Orang narcisstic ini juga suka dipuja puji dan mempunyai keinginan mahu dikagumi oleh orang lain. Means he or she needs validation from others, bukan jenis orang yang I dont give a damn if no one like me or no one follow me or I have to be alone" means dia bukan lone ranger lah. Almaklumlah, nama pun dia nak orang bagi attention kat dia, suka dipuja puji,  dan mahu orang kagum pada dia, kan.

2) Kurang empati pada orang lain - Empati bermaksud kemampuan untuk merasakan apa yang dialami dan difikirkan oleh orang lain sehingga muncul rasa kasih, sayang, hiba dan mahu menolong. Maksudnya kita senang rasa emosi orag lain. Orang narcisstic kurang rasa empati pada orang lain. Ini bermaksud mereka adalah orang yang selfish. Dia tak da 'emotional attachment', dia kira perasaan dia je, perasaan orang lain .. Ada Aku Kisah?

Orang narcisstic juga bijak sembunyikan perasaan. Dia nampak macam tak kesah tapi deep inside, dia sangat kisah. Dia nampak cool tapi dalam hati sebenarnya berkecamuk. Kenapa dia jadi macam tu? Sebab personality disorder lah, kan dia nak nampak paling hebat, bagus, di depan orang lain ..

Orang narcisstic ada banyak masalah dalam pelbagai aspek kehidupan samada alam percintaan, kerjaya, persekolahan dan lain-lain lagi kerana mereka percaya yang mereka layak dapat perhatian, pujaan atau keistimewaan yang berlebihan.  Kalau orang lain yang dapat perhatian, dia tak dapat, dia jadi unhappy.

Dalam percintaan pun macam tu, kalau pasangan mereka tidak dapat memenuhi apa yang dia ingini, upset dan unhappy lah. Almaklumlah dah dia rasa dia istimewa dari yang lain-lain, terbaik dari yang lain, tercantik dari yang lain, terpandai dari yang lain dan patut disanjung, dipuja puji .. bila tak dapat, upset lah. Not difficult to understand, right.

Orang narcissistic perlukan terapi rawatan iaitu rawatan Psychotherapy. Jom check .. kita ada tak simptom-simptom tu? Kalau ada bahaya you alls .. kerana selama-lamanya lah kita takkan bahagia kerana asyik nak berlumba-lumba menjadi "Yang Paling" dalam semua aspek kehidupan. OK Done sharing. Misz-ella nak pergi buat kerja lain pulak. Terima Kasih baca. Bye. 

No comments:

Post a Comment