Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan satu cerita best iaitu cerita tentang makan-makan. Jemput baca perkongsian Misz-ella ni sampai habis, ok ..
Udang galah masak 3 Rasa
Siapa suka Udang galah? Me! Yes Misz-ella memang sangat suka makan 'seafood' dan antara 'seafood' kesukaan saya ialah udang. Tahukah pembaca sekalian bahawa di Putrajaya terdapat Restoran D'Empangan Udang Galah? Well .. Misz-ella pun baru tahu iaitu apabila dijemput oleh pihak D'Empangan Udang Galah untuk Majlis makan malam bersama media dan bloggers. Bila dapat je jemputan tu, saya terus teruja! *counting the days you alls*
Restoran D'Empangan Udang Galah terletak di Presint 5, Putrajaya, bandar pentadbiran kerajaan kita yang terkenal dengan landskap yang menarik serta bangunan-bangunan berkonsepkan futuristik yang sangat menawan hati.
Pemandangan di Restoran D'Empangan Udang Galah sangat cantik. Dari sini boleh nampak jambatan Sri Gemilang yang terkenal di Putrajaya.
Apabila hari beransur gelap, suasana berubah menjadi lebih romantik!
Menu istimewa di sini adalah hidangan udang galah segar yang ... ehemmmm .. tengok je pun dah buat kita tak sabar nak makan, kan. Ini ialah Mee Kari Udang galah ye pembaca budiman .. dihidang panas-panas terus dari kuali.
Bagi mereka yang mahukan nasi, boleh cuba Nasi goreng udang galah ni. Dihidang panas-panas dari kuali terus ke our hungry tummy .. ehemmm .. tak toleh kiri kanan dah ni.
Datin Zurinah Mohamad
Menurut pemilik Restoran D'Empangan Udang Galah, Datin Zurinah Mohamad “Impian saya untuk menjadikan D’Empangan Udang Galah sebagai pusat komersil udang galah. Dalam Putrajaya ini, hanya kita sahaja yang menawarkan makanan berasaskan udang galah". Udang galah di sini di datangkan khas dari Linggi. Pelbagai menu berasaskan udang galah seperti Mee kari udang galah, Nasi goreng udang galah, udang galah 3 rasa dan pelbagai lagi menanti pengunjung di sini.
Udang Galah masak 3 Rasa
Selain dari itu D'Empangan Udang Galah turut menyediakan hidangan lain seperti Ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam dan bermacam lagi.
Tidak terbatas pada hidangan berasaskan udang galah, D’Empangan juga menyediakan hampir sembilan buah gerai kecil ala kiosk dengan masing-masing menjual aneka menu yang tidak menghampakan selera anda.
Pengunjung juga boleh mencuba hidangan seperti Char Kue Tiaw, Yong Tau Foo, Roti John, Nasi Arab, Nasi Lemak Pandan, Nasi Dagang serta gorengan seperti pisang, ubi, baby crab atau colek ala rojak.
Pada malam hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pengunjung dapat menjamu selera sambil dihiburkan oleh artis residen Restoran D'Empangan Udang Galah seperti Ismaliza, Hail Amir, Razis Ismail, Shidee dan Azmi The Bubbles. Sambil makan sambil dihiburkan .. meriah you alls!
Restoran D'Empangan Udang Galah yang dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11:30 malam juga adalah lokasi yg sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, majlis makan malam, ulang tahun perkahwinan, pelancaran produk dan sebagainya. Restoran yang boleh memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu masa ini juga mempunyai ruang parking yang luas dan mencukupi serta kemudahan-kemudahan lain seperti tandas dan surau.
Misz-ella, rakan blogger dan Datin Zurinah (2 dari kanan) semasa Majlis Makan Malam bersama media di D'Empangan Udang Galah.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai D'Empangan Udang Galah, sila hubungi Encik Zul di 012-2704304.
Jangan lupa ikuti Instagram https://www.instagram.com/dempanganudanggalah/
Dah lama tak melawat blog Dari jari jari halusku ini, Sis dah berhijab?. Sangat cantik sis. Udang galah tu sedapnya. Dah la pergi Kuala Selangor baru2 ni mee udang galah dah habis so kena ambik mee udang laut.
ReplyDelete