Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang berita terkini dari salah satu hotel 'favourite' Misz-ella iaitu One World Hotel, Petaling Jaya.
One World Hotel memeriahkan kembali kedatangan bulan Ramadhan dengan membawakan promosi buffet Ramadhan yang dinamakan "Meriah Kembali" di Cinnamon Coffee House, One World Hotel, Petaling Jaya.
Buffet Ramadhan Meriah Kembali mempersembahkan pelbagai juadah enak dari lauk pauk traditional Melayu seperti Sup Gearbox, Ayam Balado, Udang Sambal Ptai, Daging Gulai Lemak, Paru Goreng Bercili, Patin Gulai Tempoyak, Sayur Loden Suhun, Nasi Biryani dan Dalca Tulang Kambing.
Buffet Ramadhan Meriah Kembali juga menyediakan hidangan bertaraf antarabangsa seperti hidangan dari Jepun dan juga makanan Barat. Antara juadah lagi adalah seperti Mee Udang, Roti Jala, Kebab, Char Kuay Teow, Popia Basah, Sashimi, Tempura, Pasta, Seafood Lasagne, Pizza, Chicken Roulade, Minute Steak, Shepherd's Pie, Lamb Sausage dan pelbagai lagi.
Jangan lupa akhiri buka puasa anda dengan pemanis mulut seperti kuih muih melayu, cendol, apam balik, baklava dan pelbagai jenis kek dan pastry.
Promosi buffet Ramadhan Meriah Kembali boleh didapati sepanjang bulan Ramadha dari jam 6:30 petang hingga 10:30 malam pada harga RM158.00 nett seorang (Dewasa) dan RM79.00 nett seorang untuk kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun.
Memandangkan tempat adalah terhad, tempahan awal adalah sangat digalakkan. Untuk sebarang pertanyaaan dan tempahan, you all boleh lah hubungi 03-7681 1157 atau email ke cinnamon@oneworldhotel.com.my
Jangan lupa juga ikuti Instagram One World Hotel PJ di sini
Akhirkata, Terima Kasih kepada One World Hotel, Petaling Jaya kerana tak lupa mengundang misz-ella.blogspot.com untuk ke majlis preview Buka puasa Meriah Kembali selama 6 tahun berturut-turut!
No comments:
Post a Comment