Pages - Menu

Kambing perap Mr. Pepper sedap gila!

Hai pembaca kesayangan. Assalamualaikum.

Kambing perap Mr. Pepper sedap gila! Betul ke? Wahai pembaca kesayanganku, you all kena baca post ni sampai habis untuk ketahui bagaimana kah tahap kesedapan kambing perap Mr. Pepper ini.


Saya memang suka makan kambing. Malangya saya cuma suka tapi tak pandai masak kambing. Kari ayam, kari ikan, kari udang semua reti tapi kari kambing tak reti. Biasanya kalau nak makan kambing, saya akan order atau beli. Baru-baru ini Misz-ella telah dikenalkan dengan Kambing perap Mr. Pepper, daging kambing yang telah diperap dengan bahan-bahan terpilih so kita tak perlu susah-susah tinggal masuk dalam kuali dan masak je. Lepas tu makan. Best!


Kambing perap Mr. Pepper boleh didapati dalam dua saiz. Saiz kecil iaitu 500gms dan pek besar iaitu 850gms. Mr. Pepper adalah 100% diusahakan oleh usahawan bumiputera yang mempunyai kilang sendiri di Melaka. Produk Mr. Pepper mendapat pengesahan Halal dari JAKIM dan juga diiktiraf oleh MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri) dan kini sedang ke arah pensijilan GMP (Good manufacturing practice) dan HACCP (Hazard Critical Control Points) dari VHM (Veterinary Health Mark).

Gambar dari FB Mr. Pepper

Kambing perap Mr. Pepper menggunakan bahagian lamb shoulder sahaja. Kalau you all nak tau, lamb shoulder adalah bahagian bahu kambing, ia adalah bahagian yang paling lembut, teksturnya sangat enak dan sesuai untuk dibuat BBQ, lamb chop dan bermacam lagi. Kambing perap Mr. Pepper tak berbau, tidak liat dan diperap dengan ramuan-ramuan terpilih.


Sangat mudah menyediakan Kambing perap Mr. Pepper ni. Hanya perlu :
PANASKAN KUALI
KOYAK PLASTIK
MASUKKAN kambing perap Mr. Pepper
TUNGGU 10 MINIT (sambil balik-balikkan supaya ia masak rata)

Dan ..

Tadaaaaa ... dah boleh makan. 

MUDAH
CEPAT
DAN ..

SEDAP!

Gambar dari FB Mr. Pepper

Ada 2 cara untuk menikmati Kambing perap Mr. Pepper ni .. samada kering atau curah atau cicah dengan sos. Dua-dua cara sedap tapi saya lebih suka kering.



Ada satu hari tu, Misz-ella dapat idea. Saya makan Kambing perap Mr. Pepper dengan nasi goreng butter. Rasa macam makan kat restoran 5 bintang you alls! *bersemangat terus hidup i yang selama ini sendu sebab kena kurung dalam rumah dan tak boleh makan di luar gara-gara PKP*


Gambar dari FB Mr. Pepper

Selain dari itu, Mr. Pepper juga ada produk lain iaitu ayam perap (yang ni saya belum cuba tapi tengah consider untuk beli dan cuba)



Untuk pek 850gm ada 6 hingga 8 keping. Harga hanya RM49 sahaja. Manakala untuk pek kecil ada 3 hingga 4 keping (kuantiti sebenar bergantung pada berat kambing) dan harga hanya RM35 sahaja.
Alalalala .. dengan hanya RM49, kita dapat nikmati kambing perap Mr. Pepper bersama keluargaat the comfort of your own home. Best dan jimat, kan.


Gambar dari FB Mr. Pepper

Berita baik untuk pembelian semua produk Mr. Pepper. Mulai sekarang sehingga 30/9/2021, setiap satu pek pembelian produk Mr. Pepper melayakkan anda memasuki Cabutan bertuah. Hadiah utama adalah telefon Iphone 12 Pro Max. WOW! Beli produk, makan sampai kenyang dan tunggu diam-diam. Untung-untung dapat Iphone 12 Pro Max *rejeki* 

Selain dari itu, Mr. Pepper juga membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen produk Mr. Pepper. Buat mereka yang sedang mencari peluang menambah pendapatan, boleh Whatsapp Mr. Pepper di +011-1042 2124.

Baiklah pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi tentang produk best dari Mr. Pepper dengan you all semua. Terima Kasih baca. Bye.

Untuk info lanjut, jangan lupa ikuti :-


No comments:

Post a Comment