Bila sebut Kuala Lumpur, automatik KLCC dan KL Tower muncul di minda. Orang luar khususnya pelancong asing sangat teruja nak tengok KLCC, nak ambik gambar dengan Petronas Twin Tower .. sanggup diaorang panjat tembok supaya nampak Sky bridge (jambatan penghubung ke dua-dua Menara Petronas) dalam gambar diaorang. Balik dari bercuti nanti boleh tunjuk kat orang kampung .. I dah sampai KLCC okay!
Bila berada di skybridge (Level 43), kita akan nampak Menara berkembar Petronas ini dengan lebih dekat. Ya Allah ... sungguh hati Misz-ella terpesona! Terpesona dengan keindahan rekabentuk menara tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004 ini (selepas tahun 2004 Menara Taipei 101 tertinggi di dunia). Walaubagaimanapun Menara berkembar Petronas kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia sehingga kini.
Menara setinggi 88 tingkat ini dibina sebahagian besarnya dari konkrit bertetulang (Steel), dengan fasad besi dan kaca yang direka mengikut motif yang terdapat dalam senibina Islam bagi mencerminkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam. Rekabentuk struktur Menara berkembar Petronas adalah tube in a tube. Sungguh Misz-ella kagum dan terpesona dengan rekabentuk bongkah-bongkah cylinder tu. Terasa yang menara ini sangat kukuh dan gagah.
Sebenarnya saya gayat dan nervous tapi mula-mula je. Keluar je dari pintu tingkat 43, Menara 2 bangunan berkembar Petronas tu saya rasa macam berbuai-buai. Eh eh .. kenapa niiii .. terhenti sekejap langkahku disitu *hehehe*
Nak masuk ke skybridge ni kena ada access card kerana jambatan ini adalah jalan keluar pekerja menara ini sekiranya berlaku kecemasan. Maksudnya, jika berlaku kecemasan, pergi ke skybridge dan lari ke bangunan sebelah.
dari pukul 10 pagi hingga 6 petang
RM28 - Dewasa, 13-60 tahun (My Kad holder)
RM14 - Kanak-kanak 3-12 tahun
RM14 - Warga tua
Kanak-kanak bawah 2 tahun (PERCUMA)
Pengunjung boleh beli tiket secara online di sini atau beli tiket di Concourse level, Menara Berkembar Petronas.
Concourse level, Menara berkembar Petronas. Disini kita perlu tunjukkan Sijil lengkap vaksinasi.
Jangan lupa ambil gambar kenangan ramai-ramai di tengah-tengah skybridge ini.
Kami juga tak lepaskan peluang makan tengahari di Temana Brasserie, Malaysian Petroleum Club.
Menarik... LeYa last berada di KLCC masa praktikal tahun 2012. Time tu rasa seronok la juga dapat akses dalam KLCC tu sebab bekerja kan... Rindu juga kenangan kat situ
ReplyDelete