Pages - Menu

Buffet Ramadan 2022 : Santapan Warisan di Corus Hotel, Kuala Lumpur

 Hai pembaca kesayangan,

Satu lagi perkongsian tentang buffet buka puasa dari Misz-ella. Kali ini Misz-ella ke Corus Hotel untuk menikmati Buffet Ramadan Santapan Warisan.



Buffet Ramadan Santapan Warisan diadakan di Dondang Sayang Coffee house, Corus Hotel, berhadapan dengan pintu masuk. Senang sungguh nak cari, masuk je hotel pandang kiri terus jumpa. 


Menyediakan hampir 200 hidangan Melayu tradisional seperti Daging salai masak lemak pucuk ubi mangga muda, Asam pedas ikan tenggiri, Udang masak kapitan dan macam-macam lagi.


Kalau tak cukup pedas, boleh ke kaunter aneka sambal ni. Macam-macam sambal, kerabu dan ikan masin ada .. pembuka selera sungguh!



Kambing panggang yang sentiasa menjadi idaman ramai di bulan Ramadan pun ada. Kambing panggang kat sini sedap! Sangat sedap!



Well, tak lengkaplah kalau tak akhiri buka puasa kita dengan pemannis mulut, kan. Macam-macam pemanis mulut ada di buffet Ramadan Santapan Warisan, baik kuih muih Melayu mahupun yang moden.





Buffet Ramadan Santapan Warisan akan diadakan bermula dari 5hb April sehingga 30hb April 2022 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam pada harga RM108 nett (Dewasa) dan RM70 nett (kanak-kanak) dengan tawaran 10+1 (percuma 1 untuk setiap 10 belian).

Selain dari buffet ramadan, pengunjung juga boleh menempah Ayam Bakar Mentega with Garlic Herbs untuk dibawa pulang. Hanya RM68 seekor boleh dinikmati sehingga empat orang.



Akhirkata, Terima Kasih The Corus Hotel kerana menjemput Misz-ella dan rakan-rakan ke preview buffet Ramadan Santapan Warisan. Best! Sangat best! 

Untuk tempahan, sila telefon atau Whatsapp 0122874820 atau 0122820786.







No comments:

Post a Comment