Hai pembaca kesayangan,
Dua minggu lepas, Misz-ella ke Sunflower Garden di Bagan Datuk, Perak. Bestnya kat sini sebab pokok bunga matahari nya tinggi-tinggi (lagi tinggi dari Misz-ella) dan bunganya besar2 (lagi besar dari muka misz-ella).
Bayaran masuk adalah RM13 seorang sahaja dan kita akan diberi sticker untuk dipakai di pergelangan tangan dan makanan ikan seorang sepeket (dalam tu ikan lapar-lapar)
Bunga matahari bukanlah bunga yang menjadi pilihan ramai untuk ditanam di laman-laman rumah kerana kitaran usianya hanya 2-3 bulan sahaja. Selesai berbunga pokok akan mati tetapi buat Misz-ella sendiri, apa-apa jenis bunga, asalkan cantik .. confirm akan buat saya terpegun dan jatuh cinta! So let's go .. jom explore Sunflower Garden di sini
Kat sini takda aktiviti ye .. berfoto dan bagi makan ikan je .. lepas tu rehat kat pondok-pondok. Alang-alang dah bayar RM13 seorang, duduk lah lama sikit, kan. Kalau nak ke sini, Waze sahaja Sunflower Garden, Bagan Datuk.
No comments:
Post a Comment