Pages - Menu
Ice Watch Light Up The Night Run 2022 - lebih berwarna warni dan 'sporty'
Aku ada. Aku sentiasa ada.
Kau jangan sedih, aku ada ~ Walau hanya sebaris ayat, besar makna nya.
Take care ~ Meskipun lafaznya hanya dua saat, kesannya hingga ke hati.
Are you ok? ~ I will always appreciate those moments when you concern and care about me.
Kita tak sedar, kan. Kita tak sedar yang kita telah menyentuh hati seseorang dengan hanya sebaris ayat ringkas. Sebab tu kita kena selalu luahkan perasaan kita, besar maknanya pada orang yang menerima. Your words touched my heart. Thank You.
Parti Pizza Hut Loooooooooooong Box dengan Coach Azy and The Good Vibes Tribe
Bonda Fiesta Vaganza anjuran Bonda Rozita meriah!
Hai pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang kemeriahan karnival Bonda Fiesta Vaganza yang telah berlangsung di Rumah Hutan pada 1 hingga 2hb Oktober 2022 yang lalu. Misz-ella telah hadir ke karnival tersebut pada hari pertama dan ... wahhhh meriah you alls !
Bonda Fiesta Vaganza atau lebih dikenali sebagai BFV adalah hasil ilham Bonda Rozita Ibrahim, pengasas produk Sendayu Tinggi yang telah melebarkan sayap perniagaannya ke Jamu Ratu Malaya (JRM), DeRatu dan juga pemilik Rumah Hutan Bonda Rozita.
Well, siapalah yang tak kenal dengan Rozita Ibrahim, seorang wanita hebat yang sangat Misz-ella kagumi kerana kecekalannya membina empayar perniagaan dan mengharungi cabaran kehidupan. Bonda Fiesta Vaganza tahun ini merupakan karnival yang ke 2 selepas penganjuran pertamanya di tahun 2019.
Ada promosi produk Dapur Kayu Bonda. Sebelum beli, kita rasa dulu. Sedap sungguh karipap, cucur badak dan ikan lunak cicah air asam. Harga promosi memang sangat murah! Berbaloi membeli belah di BFV.
DeRatu adalah salah satu lagi rangkaian perniagaan milik Bonda Rozita yang fokusnya adalah fesyen muslimah serta produk kelengkapan rumah. Abaya import dijual pada harga yang sangat berpatutan, periuk tanah dan pelbagai barangan eksklusif hasil sentuhan Bonda Rozita dijual pada harga promosi yang buatkan para pengunjung pulang dengan gembira.
Di atas bukit tu, ada Warong Bonda. Misz-ella paling suka makan di Warong Bonda. Suasana di Warong Bonda yang dikelilingi kehijauan hutan semulajadi mendamaikan perasaan. Bagaikan syurga kecil jatuh ke bumi, Misz-ella jatuh cinta dengan ketenangan di sana.
Bonda dan menantunya, Datin Sri Shahida turut menjual barangan preloved milik mereka. Khabarnya mendapat sambutan yang hangat. Semua habis dijual.
Merdeka kah kita?
Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pertengahan bulan Oktober. Masa tak tunggu kita .. we get old just in a blink of eyes.