Pages - Menu

Merdeka kah kita?

Sedar tak sedar, kita dah sampai ke pertengahan bulan Oktober. Masa tak tunggu kita .. we get old just in a blink of eyes.



Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 65 pada bulan Ogos yang lalu. Rakyat Malaysia bergembira. Malaysia yang merdeka dari dijajah. Malaysia yang bebas. Malaysia yang gah berdiri atas nama sendiri.


I had a good time celebrating Merdeka in a healthier way bersama-sama rakan kaki menari bersama Coach Azy di Mzone Studio, definitely a good way to de-stress.

Feel so patriotic bila Coach kesayangan ramai buat dance lagu merdeka. MERDEKA!



Lepas habis kelas, Coach Azy jamu kami dengan kek MERDEKA. Maka kami memerdekakan minda dari dibelenggu persoalan berapa kalori kah kek ini? (esoklah diet). Sedap gila kek tu. Tq Coach Azy!


Malamnya, bertemankan Azy, Rayme dan Zulfi, kami ke restoran Pier 12 Seafood Tavern. Makan, berbincang, bersembang,ber lawak jenaka dan ber gelak ketawa. Cuaca sangat cantik, langit bumi Malaysia tercinta berseri berlatar belakangkan Menara Kuala Lumpur yang sentiasa indah di pandangan mata. Bangganya kita menjadi rakyat Malaysia yang bebas ke sini sana tanpa ada rasa takut membelenggu diri. MERDEKA!



Sedap makanan di Pier12 Seafood Tavern. 

Bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia yang boleh makan tanpa rasa ragu serta was-was kerana kita tau status halal atau haram makanan di Malaysia. MERDEKA!

Kesimpulannya, betapa bertuahnya kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia yang MERDEKA. 

Persoalannya, betul-betul MERDEKA kah aku? Jauh di sudut hati masih ada bekas luka yang pedihnya masih sesekali aku terasa. Jiwa masih belum merdeka dari penjara yang aku cipta. Dinding-dinding penahan yang ku bina masih kuat mempertahankan jiwa agar tidak ditembusi. Bukan tidak mahu berdamai dengan takdir tetapi kisah silam masih memburui. Yes! Past is still following me hingga aku masih takut, curiga, dan ragu-ragu untuk bina jambatan baru. 

I am not sure whether my soul will be free. Aku lalu je tiap detik hidup ini dengan penuh ketabahan, kesabaran diiring doa agar aku sentiasa kuat. Semoga yang baik-baik sahaja buat Ella dan semua. Amin.

No comments:

Post a Comment