Pages - Menu

Chicken Royale buka cawangan ke 8 di Senawang, Negeri Sembilan

Hai pembaca kesayangan,

Rasanya ramai yang dah tau tentang keunikan Chicken Royale, hidangan ayam peri-peri kegemaran seisi keluarga yang diberi sentuhan selera tempatan, paling cepat menambat hati rakyat Malaysia termasuklah Misz-ella dan keluarga dek kerana keunikan resepinya. 

Chicken Royale mula viral pada tahun 2020 di media social kerana hidangannya diselimuti cheese leleh yang menggiurkan hati dan terus terbuka selera sesiapa sahaja yang memandangnya (belum cuba dah tergoda)!


Chicken Royale telah membuka cawangan ke 8 baru-baru ini di Senawang dan Misz-ella.com telah dijemput ke upacara pembukaannya. Terima Kasih di atas jemputan. Saya sangat berbesar hati dapat berkenalan lebih rapat dengan jenama Chicken Royale ini.


Kedatangan  kami dialu-alukan oleh Pengarah Urusan Chicken Royale Encik Mohd Nazri dan Cik Fizlee Hafiz, Pengarah Perhubungan Awam & Komunikasi.  

Buat Misz-ella, ini betul-betul  sessi suai kenal. Banyak yang saya pelajari tentang Chicken Royale. Memulakan operasi dengan konsep “food truck” pada tahun 2015, Chicken Royale mengorak langkah lebih besar dengan membuka restoran Chicken Royale di lokasi-lokasi yang strategik. 

             

Kalau nampak ayam pakai tanjak, itulah Chicken Royale!

Setiap cawangan Chicken Royale mempunyai identiti tersendiri. Di cawangan Senawang, dialek Negeri Sembilan digunakan untuk menyambut dan  mengalu-galukan kedatangan pelanggan.

Pihak Chicken Royale juga sangat mementing serta berusaha untuk menjaga warisan iaitu dengan cara menamakannya di dalam menu Chicken Royale.



Misz-ella tertarik dengan menu-menu hebat di Chicken Royale. Ini adalah Burger Parameswara. Macam-macam ada diantara dua keping roti ini. Meriah dan sumpah sedap!Menu-menu yang ditawarkan adalah hasil idea Encik Nazri sendiri dan diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut maklumbalas pelanggan. 

 Selain dari itu, ada juga Set Banang iaitu set seekor Ayam Peri Peri bersama nasi Royale dan didatangkan khas dengan Sup Kambing. Ada ayam dan ada sup kambing! Best, kan! Sesuai untuk mereka yang mahu menikmati variasi di dalam makanan.
 


Set Bersiong ... menggiurkan! Misz-ella dah cuba set ni. Ayam tu lembut dan sangat 'juicy' ... bila dicicah dengan sos peri-peri .. padu!


Mungkin ada di antara kita yang tak suka “cheese”. Tak apa. You all boleh nikmati Set Bersiong ni begitu sahaja. Misz-ella dah cuba. Sedap jugak!


Chicken Royale turut mempunyai set untuk dinikmati atau dimasak sendiri di rumah. Di dalam kotak tu dah lengkap dengan beras, rempah untuk masak Nasi Royale, Sos peri-peri, sos perap ayam .. semuanya dah ada. Tinggal nak masak je. Jangan bimbang tak sedap sebab segalanya telah disukat dengan terperinci oleh krew dapur Chicken Royale. Confirm jadi! 



Misz-ella turut tertarik dengan set ni kerana mengandungi kambing goreng yang disalut rempah khas. Lembut, sedap dan sangat “juicy” sedap gila ni! I don’t mind to repeat kambing tu!



Dan buat penggemar makanan ber “cheese”, tak lengkaplah kalau tak nikmati hidangan di Chicken Royale bersama cheese leleh yang mewah, lemak berkrim dan disukai ramai ni. Ini baru lah Chicken Royale, kan.



So pembaca-pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku, jangan tunggu lagi. Mari kita plan rombongan ke Chicken Royale berdekatan untuk menikmati set Ayam peri-peri versi tempatan. Opss bukan ayam je, saya nak ajak korang cuba Kambing goreng dan Burger Parameswara tu jugak. Dijamin sedap tak nyesal punyalah!

Untuk maklumat lanjut tentang Chicken Royale, layari :




No comments:

Post a Comment