Hai pembaca kesayangan,
Selepas mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun 2022, I'dahlia Corner sekali lagi membawakan buffet Ramadan dengan masakan ala kampung bagi meraikan kedatangan bulan Ramadan tahun 2023.
Masih mengekalkan konsep "dalam taman" kerana lokasi I'dahlia Corner di Persiaran Stonor yang berada di dalam kawasan kejiranan KLCC, hampir 60 jenis hidangan menanti pengunjung yang datang berbuka puasa di I'dahlia Corner tahun ini bermula dari 25hb Mac 2023 hingga 22hb April 2023.
Antara juadah yang disediakan adalah Ayam Percik, Gulai Kawah, Ikan Bakar, Sambal Jering, Siput Sedut Masak Lemak, Keli Berlado, Rendang Minang, Perut Masak Lemak Cili Api, Sambal Udang Petai, Sambal Sotong, Ayam Masak Lemak Cili Api, Ayam Sweet Sour dan pelbagai lagi. Tak ketinggalan adalah Sup Tulang Meletop I'dahlia Corner yang sentiasa mendapat sambutan ramai.
Nasi Lemak Daun Pisang serta Nasi Ayam I'dahlia Corner juga ada
Antara pemanis mulut yang disediakan adalah kuih muih Melayu dan goreng-gorengan seperti pisang goreng, keledek dan tempe goreng. Dua jenis bubur serta minuman sejuk dan panas turut disediakan setiap hari.
Pada hujung minggu, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan.
No comments:
Post a Comment