Pages - Menu

Nasi Kabuli di bufet Ramadan Citarasa Serantau di DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside

Hai pembaca kesayangan,

Baru-baru ini Misz-ella telah ke DoubleTree by Hilton, Putrajaya  Lakeside untuk menikmati bufet Ramadan Citarasa Serantau.

Ternyata keputusan Misz ella untuk berbuka puasa di DoubleTree by Hilton, Putrajaya Lakeside tidak mengecewakan kerana bufet Ramadan Citarasa Serantau sememangnya memberi pengalaman yang berbeza.



Antara yang menarik adalah Nasi Kabuli yang berasal dari Afghanistan tetapi telah diberi penambahbaikan untuk disesuaikan dengan selera masyarakat tempatan. Nasi Kabuli adalah nasi yang pada awalnya dimasak separuh sebelum dimasukkan ke dalam perut kambing yang telah diperap dengan rempah ratus terpilih. Sebaik nasi itu masak, ia mengeluarkan aroma yang sangat wangi dan rasa yang sangat istimewa.

Menurut Chef Eksekutifnya, Faizal Ghani nasi kabuli dinikmati begitu sahaja di Afghanistan tetapi di Malaysia, ia dinikmati bersama sos khas dan acar bagi menepati citarasa masyarakat tempatan yang sukakan makanan berkuah.



Bertempat di Makan Kitchen, bufet Ramadan Citarasa Serantau turut menampilkan hidangan dari negara jiran iaitu Indonesia dan Thailand. Almaklumlah, Malaysia terutamanya Kuala Lumpur kan syurga makanan .. makanan dari semua negara ada di sini.

Pelbagai juadah tempatan yang popular seperti Ketupat sotong, Siput sedut masak kari bersama nenas, Gulai tunjang Jering, Sambal udang petai, Itik salai rendang cili api, Asam pedas pari dan berbagai lagi.

Ada juga juadah dari Chinese Kitchen dan Little India. Buat penggemar seafood segar, cold station juga ada.  Ada juga Sup station dimana pengunjung boleh menikmati keenakan sup gear box dan sup daging Meriah betul bufet Ramadan Citarasa Serantau ni.


Di sudut pemanis mulut pula, pelbagai jenis kuih muih Melayu dan moden disediakan. Antara yang sempat Misz-ella nikmati adalah tapai ubi goreng, pisang goreng, pulut mangga bersama serawa durian, bubur jagung, rempeyek bunga telang. Macam-macam ada!

Bagi yang ingin buka puasa di Makan Kitchen, Bufet Ramadan Citarasa Serantau berharga RM188/seorang (Dewasa) dan RM94/seorang (Kanak-kanak) berumur enam hingga 12 tahun dan kanak-kanak di bawah lima tahun adalah percuma.

Pengunjung juga mempunyai pilihan untuk menjamu selera di udara terbuka di Temenggor. Bufet Ramadan Citarasa Serantau ini sedang berlangsung sekarang d sehingga 21 April 2023 ini.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8890 0000. Jangan lupa ikuti Instagram DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside di sini.

No comments:

Post a Comment