Pages - Menu

Baru! Specialty Pizza di Xroads Xpress, Concorde KL

 Hai readers!


Ada pizza baru di Xroads Express, Concorde Hotel Kuala Lumpur. Ada 3 jenis, Specialty pizza ye, bukan satu. Paling penting, Misz-ella dah rasa semua.



Mushroom & Chicken Ham Pizza (RM30 nett)
Pizza ni sangat sedap. Limpahan Mozarella cheese yang sangat fresh dan creamy. Hirisan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan butang putih, shimeji, king oyster, shiitake dan chicken ham ditambah dengan truffle oil bechamel. Hirisan daun (I taktau daun apa tapi daun ni mempunyai aroma yang menyegarkan dan punya rasa yang sangat sedap). I dah dua kali order Mushroom & Chicken Ham Pizza ni sebab kesedapannya tak terkata. Masa I berkunjung ke Xroads untuk menikmati pizza ni buat kali ke 2, kawan-kawan I puji Ha ah la sedap! Pandai Kak Ella pilih. Recommended! *best to enjoy with Earl Gray or Green tea*




Classic Margherita Pizza (RM28 nett)
Classic Margherita Pizza adalah pizza yang sangat simple kerana hanya ada mozarella cheese, home made tomato sauce, cherry tomato, sundried tomato dan daun basil. Limpahan cheese segar yang tertarik dan meleleh ketika pizza dipotong tu sudah cukup untuk membuat hati teruja. Simple tetapi tetap terserlah kesedapannya!


Pepperoni pizza (RM30 nett)
Peminat pepperoni harus cuba pizza ini kerana ia sangat kaya dan meriah dengan bahan-bahan seperti beef pepperoni, hirisan tomato, buah zaitun dan bawang putih bersama mozzarella cheese. Makan semasa ia masih panas. Best gila!  



Mocktail Cucumber Spritz (RM20 nett)
Jangan lupa juga cuba Mocktail Cucumber Spritz ini. Jus timun yang ditambah sedikit lemon, asam boi dan tambahan air Sprite. Rasa tiap-tiap bahan tersebut sangat seimbang. Refreshing! Mesti Cuba, ok.


Kalau you all berada di Kuala Lumpur, jangan lupa singgah ke Xroads Xpress di Concorde Hotel Kuala Lumpur dan nikmati Specialty Pizza di sini. Semua pizza dibakar segar (sebaik sahaja tempahan diterima) dan diadun khas mengikut resipi in-house Chef yang berpengalaman. Saya memang suka Concorde Hotel Kuala Lumpur sebab makanan di sini sedap-sedap (sila cuba Tomyam udang, Mee Goreng Mamak, Nasi Ayam, Nasi Goreng di Melting Pot) ditambah dengan harga juadah yang sangat "wallet friendly"

Jangan lupa ikuti laman sosial Concorde Hotel KL di sini :
Atau hubungi (telefon atau whatsapp) +0123995006




1 comment:

  1. Masha allah..Nurull dah rasa pizza mushroom chicken ham tu..memang sedap.. tak rugi utk mencuba..kalau x cuba... tu baru rugi..

    ReplyDelete