Pages - Menu

Rahsia hati Tuhan saja yang tau

Kalau ikutkan, ada banyak perkara yang buat aku luka, hampa dan kecewa sejak kebelakangan ini. Rasa macam dah buat sehabis baik, rupanya masih belum cukup   .. what else? Apa lagi yang perlu aku lakukan? Malah kadang terfikir “penat jadi baik”  *rolling tears*


Dalam waktu yang sama, selalu ingatkan diri supaya fikir berkali-kali. Dan selalu ingatkan diri supaya Sabar. Tak apa. Ini semua dunia. Selalu jugak ingatkan diri “dia cuma insan biasa, tak sempurna” “they hurt you without they realised because they can’t read you or do not understand you”

Bila kita boleh didik minda kita yang dia cuma manusia biasa yang tak sempurna, kita terima buruk baik setiap kelakuan dan kejadian. Kita tenang. Kita masih boleh jumpa dia, senyum pada dia, terima dia seadanya. Walau hati luka. Tak pe lah. Rahsia hati biar Allah saja yang tau. 

Pada akhirnya kita kena akur yang dalam hidup ni, kita kena hadap semua - harapan yang berkecai, luka, kecewa dan airmata. Yang penting tetap tenang kerana orang yang tenang selalu menang.



No comments:

Post a Comment