Selalu orang tanya “macamana ye Kak Ella berjaya kekalkan aura positif “ ada tak masa-masa yang you tak happy? Down? Sedih?
Ada. Selalu. Tapi mungkin orang tak perasan kerana sepertimana yang i selalu cakap pada kawan i, Jaga emosi! Jaga Emosi. Ataupun Emosi letak tepi, nak pulak kalau tengah jiwa kacau. Semakin kacau dan semakin bercelaru jiwa, semakin tu lah kita kena kawal emosi kita.
Realitinya, tiada hidup yang sempurna. Allah cipta manusia secantik dan sebaik-baik makhluk. Dia bagi kita emosi dan pelbagai rasa agar kita dapat selami, hayati dan pelajari dari setiap perasaan tersebut.
Pada akhirnya, kita bertanggungjawab dengan diri kita sendiri samada kebahagiaan kita, kesihatan kita dan penampilan kita. Dalam ertikata lain, kita perlu sayang diri sendiri ataupun perlu ada rasa selflove. Bila kita sayang diri kita, automatik kita rasa nak buat yang terbaik untuk diri kita. Kita nak sentiasa sihat, nak sentiasa ceria dan bahagia sebab kita sayang diri kita. Kita takkan buat sesuatu yang boleh memudaratkan diri kita.
Sebab tu kita kena hargai atau appreciate hidup kita. Kita kena membahagiakan diri kita dulu. Bila kita happy dan bahagia, hati kita selalu ceria, barulah kita boleh buat orang lain bahagia. Kalau kita pun tak ceria, asyik marah-marah, moody dan tak happy, macamana kita nak buat orang sekeliling selesa, suka dan happy, betul tak?
Sebenarnya, tak susah pun untuk bahagia asalkan kita tau menggunakan persekitaran kita atau apa yang kita ada, walaupun hanya sebotol minyak wangi atau perfume. OK Jom kita cerita tentang minyak wangi.
Tory Burch Cosmic Wood adalah minyak wangi dalam kategori 'spicy' baunya agak keras kerana ia mengandungi bauan buah pelaga (cardamon) yang dicampur dengan bauan bunga jasmin, dan aroma daun vetiver. Ada masa-masa, Misz-ella suka jugak minyak wangi yang agak 'keras' ni. Antara minyak wangi yang berbau agak 'keras' yang Misz ella suka selain dari Tory Burch Cosmic Wood adalah Fashionably London oleh Zara.
Amouage Epic - Katanya Amouage Epic adalah minyak wangi pilihan selebriti Malaysia seperti Datin Eina Azman, Intan Najwa, Madammu dan lain-lain. Epic adalah minyak wangi kategori "spicy oriental".. mengandungi aroma kemenyan dicampur dengan bauan oud dan dilembutkan semula di penghujungnya dengan aroma ros dan sandalwood yang mengeluarkan haruman manis. Minyak wangi Epic ni sesuai untuk mereka yang mempunya "strong and bold character" bukan semua orang sesuai guna Epic. Unik sungguh Amouage Epic ni.
Paris Hilton Rose Rush, Paris Hilton Gold Rush dan Paris Hilton Ruby Rush - Ketiga-tiga minyak wangi ni sangat simple dan memberi aroma manis-manis, manja kepada pemakainya. Ketiga-tiga minyak wangi ni sesuai untuk kegunaan harian. Pergi pejabat ke, pergi jalan-jalan ke .. sangat sesuai untuk semua golongan. Tak susah untuk jatuh cinta pada minyak wangi keluaran Paris Hilton ni. Kalau you all nak murah, beli saja di Sogo atau melalui Tiktok Sogo.
LV Les Sables Roses - Katanya ini minyak wangi pilihan Dato Siti kesayangan ramai. Bau Les Sable Roses ni sangat simple iaitu cuma mengandungi bauan oud dan rose tapi sangat elegant, mewah dan menawan. Baunya sangat memikat dan menarik perhatian. Pernah sekali tu Misz-ella ditegur di dalam lift "you pakai perfume LV yang ada oud dan rose tu ke?" Pernah sekali masa di Coffee Bean Misz-ella ditegur "wow! .. bau perempuan kaya Arab ni"
Bauan Les Sable Roses sangat senang menarik perhatian orang lain kerana keindahan aromanya
Coco Mademoiselle (Chanel), Bacarat Rouge 540, La Vie Est Belle (Lancome) - Ketiga-tiga minyak wangi ni adalah minyak wangi yang sangat menarik perhatian orang, dalam kategori memikat atau alluring/inviting. Buat orang rasa suka kat kita dan nak dekat dengan kita. Coco Mademoiselle mengeluarkan aroma buah-buah citrus seperti bergamot dan buah oren, lepas tu dia ada sedikit bauan bunga rose dan jasmine dan dipenghujungnya kita akan menghidu bau bunga patchouli, daun vetiver dan vanilla.
Bacarat rouge 540 mengeluarkan bau manis cotton candy yang dibakar (Ya Allah manis wangi la you alls Bacarat ni) mungkin sebab dia mengandungi saffron. Ia juga mengeluarkan aroma amberwood dan cedarwood. Masa kita pakai Bacarat Rouge 540 ni, sesekali aircond bertiup, aroma dia pun terbang bersama. Dahsyat!
La Vie Est Belle adalah minyak wangi dalam kategori floral atau bunga-bungaan. Dalam dia cuma ada aroma bunga-bunga yang indah dan wangi, ditambah dengan bauan gula dan vanilla. Manis dan menawan hati.
Apa kaitan minyak wangi dengan kebahagiaan? Bila kita wangi, automatik tahap keyakinan diri kita meningkat. Bila kita wangi kita rasa selesa dan happy/bahagia dengan diri kita. Kita feel good. Bila kita feel good, kita akan menarik banyak aura positif di sekeliling kita yang akan buat kita rasa lebih bahagia. Sebab tu persekitaran kita seperti penampilan kita, emosi kita, cara kita, penting. Semua benda main peranan penting dalam hidup kita walaupun cuma sebotol minyak wangi berharga seratus lebih. Tak susah pun untuk bahagia kalau kita tau hargai dan gunakan apa yang ada di sekeliling kita, kan. OK done sharing. Terima kasih baca. Bye.
No comments:
Post a Comment