Pages - Menu

Jumaat terakhir 2023

 Termenung panjang Misz-ella di hari Jumaat terakhir 2023. Tahun sedih. Paling sedih mengenangkan ramai saudara mara kita yang syahid di bumi suci Palestine. 

Tahun suka bersulam duka kerana ada banyak peristiwa yang memberi pelbagai emosi. Tekanan, kesedihan, ketawa, tangis semua bersilih ganti, bagai bergilir-gilir mengambil tempat untuk duduk dihati kecil Misz-ella.

Pencapaian dan kegagalan .. semua jadi pengajaran serta pengalaman paling berharga, tak terbeli dengan wang ringgit atau harta berjuta.

Dua hari lagi menuju 2024, hati masih berharap agar berlaku keajaiban. Mahu lihat semua orang bahagia, mahu dunia ini menjadi aman damai dimana penduduknya bersatu hati dan bahagia bersama, tanpa mengira pangkat dan darjat, warna kulit dan agama. Mimpi! In your dream, Ella. Dunia yang kau mahu itu hanya wujud dalam mimpi, tiada di dunia nyata kerana hakikatnya, manusia hari ini masih “selfish” masih mengejar duniawi dibandingkan kasih sayang sesama insan.

Dunia lebih penting. Wang ringgit dan harta masih jadi keutamaan, bukan nilai-nilai insani. Kita lebih rela hilang persahabatan berbanding wang. Kita lupa yang wang atau duit itu ujian Allah kepada kita. 

Dunia dah nak akhir zaman, tapi kita masih begitu. Sedih.

No comments:

Post a Comment