Bersesuaian dengan tema tersebut, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dipilih sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera untuk tahun 2024.
Lebih 40 gerai yang menyediakan juadan berbuka puasa sedia menanti pengunjung.
Antara yang menarik adalah Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya.
Hidangan lain adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.
Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati menu pilihan selebriti iaitu Che Ta di gerai ‘Wadai Kepeng Lip-Lap Lip-Lap’.
Lip Lap Lip Lap Ramadan 2024 bermula pada 14 Mac 2024 hingga 7 April 2024 pada harga RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).
Khas buat mereka-mereka yang mahu lebih jimat, jangan lepaskan peluang membeli "Early Bird voucher"pada harga RM98 sahaja daripada harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad).
Nampak menarik sangat menu-menunya. Saya follow sini.
ReplyDelete