Pages - Menu

Bufet Ramadan 2024 : Royal Signature bawakan Sajian Titian Desa

Ramadan tak lama lagi dan bakal dimeriahkan bufet Ramadan yang sentiasa dinanti-nantikan. Hotel The Royal Signature membawakan buffet bertemakan Sajian Titian Desa di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur.

 

Lebih dari 200 juadah tradisional Melayu dan antarabangsa menanti pengunjung bermula dari 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024 dari jam 7:00 malam hingga 9:30 malam. 


Suasana berbuka puasa bakal dimeriahkan dengan aksi memasak secara langsung oleh Eksekutif chef, Chef Tong Tang bersama pasukan kulinari beliau.


 

Kambing Golek yang diberi sentuhan gaya masakan Barat merupakan tarikan utama buffet Sajian Titian Desa ini.


Kari Kepala Ikan Kedah turut disediakan.






















Selain dari itu ada juga hidangan-hidangan menarik yang lain seperti Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, Sate, Ikan Siakap Bakar, Sambal Petai Udang Karang. "Seafood on ice" juga ada.






Sambil berbuka puasa, hadirin akan dihiburkan dengan persembahan penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau turut disediakan.

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature bakal menyumbang  RM1.00 dari setiap penjualan buffet Ramadan Sajian Titian Desa kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai salah satu usaha CSR mereka.

Harga buffet Ramadan Sajian Titian Desa adalah sangat berpatutan iaitu :
RM178 nett (Dewasa)
RM128 nett (Warga emas) 
RM98 nett (Kanak-kanak 7 hingga 12 tahun)

Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB.

Untuk belian secara berkumpulan, tawaran istimewa BELI 10 PERCUMA 1 turut disediakan.

Promosi Early Bird sedang berlangsung dari 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024 pada harga RM128 nett (Dewasa). 


PAKEJ BILIK PENGINAPAN RAMADAN TITIAN DESA

Buat mereka yang ingin bermalam, pakej bilik penginapan turut disediakan pada harga bermula dari RM488.00/semalam untuk setiap bilik. Pakej termasuk :

Bufet sahur
Bufet ramadan
Parkir percuma
Snek ramadan di dalam bilik
Diskaun tambahan 20% untuk pembelian tambahan bufet ramadan

Tempoh penginapan : Dari sekarang hingga 5 April 2024


Sebarang tempahan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi nombor +016-8033188 atau layari https://hotelroyalsignature.com

No comments:

Post a Comment