Bertemakan IFTAR DI TAMAN DAHLIA, kualiti serta rasa masakan di sini tak perlu dipertikai lagi.
Masak lemak cili api daging salai, Asam pedas ikan pari, Sambal udang petai, Ayam goreng berempah, Masak lemak siput sedut, Sup daging meletop, Jering berlado, Ikan bakar bersambal, Ikan keli berlado, Paru goreng berempah, Pecal, Sayur nangka masak lemak dan macam-macam lagi .. setiap juadah di I'Dahlia Corner dimasak dengan teliti mengikut resipi Melayu Asli.
Dewan makan I'Dahlia sangat cantik dihiasi bunga-bunga indah, luas dan selesa, boleh muat sehingga 150 orang dalam satu masa. Tempat parkir hanya 30 meter dari restoran, kemudahan tempat solat dan tandas juga ada.
Sambil buka puasa, sambil dihiburkan oleh persembahan kumpulan buskers. Santai dan rilek betul vibes buka puasa kat sini.
Hanya RM59 seorang! Untuk tempahan sila hubungi 012-3526397 dan 017-9913907. You all jangan walk in ye sebab takut takda seat nanti. Untuk lebih info, jangan lupa ikuti Instagram I'Dahlia Corner di https://www.instagram.com/idahlia.corner/
No comments:
Post a Comment