Hai pembaca kesayangan! Tak lama lagi Ramadan bakal menjelma. Bagi meraikan kedatangan bulan mulia ini, restoran Meet & Dine memperkenalkan 2 set talam sempena promosi "Ramadan Feast of Meat and Sea".
Berbeza dengan buka puasa secara bufet, set buka puasa di dalam talam ini tak kurang hebatnya kerana ianya lengkap dari hidangan utama hingga ke pemanis mulut dan setiap set boleh dinikmati antara 4 hingga 6 orang pada harga yang sangat berpatutan.
RM299.00
Ini adalah set makanan ala Barat, gabungan daging panggang, Kambing panggang, Sayap ayam (chicken wing) dan itik panggang untuk dinikmati bersama Pasta Aglio Olio, Kentang Putar dan Kentang goreng 'curly'. Sos black pepper dan sos cendawan turut disediakan.
RM288.00
Diberi sentuhan masakan ala Thai, pengunjung akan menikmati gabungan Ikan siakap masak Thai, Udang berlidi, Sotong goreng tepung, Hormok (Otak-otak Thai), Vietnamese roll udang, Nasi daun telang, Nasi goreng pedas Ala Thai, Kerabu somtam yang didatangkan bersama dengan kuah lemak dan sos thai merah.
Setiap set talam ini didatangkan dengan kurma, kuih muih tradisional, bubur kacang durian dan air sirap selasih.
Promosi set talam buka puasa ini akan bermula 13 Mac 2024 hingga 7 April 2024. Walaubagaimanapun, promosi EARLY BIRD sedang berlangsung!
Hanya RM220.00 untuk set talam daging
No comments:
Post a Comment