Fasha yang sunyi kerana kurang mendapat perhatian serta kasih sayang dari suaminya yang sentiasa sibuk dengan kerja, mula mengisi kesunyian dengan beralih ke media social.
Konflik bermula apabila anaknya Yana (lakonan Puteri Balqis) mengesyorkan ibunya Misha (lakonan Fasha Sandha) untuk aktif di laman social bagi mengurangkan rasa bosan bila ditinggalkan ayahnya untuk bekerja. Hubungan Yana dan ibunya sangat rapat dan Yana adalah satu-satunya anak perempuan yang sering mendengar luahan hati ibunya yang sudah lali dengan kehidupan yang sunyi selama berbelas-belas tahun.
Tanpa disangka, Misha yang aktif membuat LIVE di media social itu, telah menarik perhatian ramai menerusi perkongsian tentang hidup beliau yang sunyi termasuklah Nordin (lakonan Fadlan Hazim). Nordin mengisi kekosongan dan kesunyian Misha lantas bermulalah percintaan mereka berdua.
Tapi bahagia mereka terhenti apabila Misha menerima berita buruk tentang suaminya yang menimbulkan rasa bersalah di hati Misha. Misha kemurungan. Apakah kesudahan kisah rumahtangga Misha?
Jangan lupa tonton drama Khilaf Yang Tertulis di slot Samarnda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10:00 malam di TV3 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my muat turun applikasi Tonton melalui Google Play atau Apps Store.
No comments:
Post a Comment