Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsi tentang Chopsticks Asia, restoran makanan kaum Cina berstatus halal yang lokasinya terletak di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Lokasi restoran sangat strategik iaitu di No. 35, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Ada di dalam Waze so tak perlu risau sesat dan tak jumpa restoran.
Setelah belek-belek menu dan pesan makanan, kami sabar menanti ..
Tak lama pun tempoh menunggu, (servis crew dapur sangat pantas dan bagus ye) dalam borak-borak, makanan pun sampai. Jom tengok apa yang Misz-ella order ..
Yam Basket with Kung Pao Chicken
Ubi keladi yang di deep fried. Di tengahnya ada lauk Kung Pao Chicken. Sebenarnya ini memang snack atau appertizer kegemaran Misz-ella. Sedap! Makan begitu sahaja tanpa nasi pun boleh.
Creamy Crab with Fried Mantou
Ini adalah menu yang disyorkan oleh pemilik restoran iaitu Encik Kenneth. Saya suka presentation Creamy Crab ni. Mantou bersaiz besar digoreng terendam dalam minyak yang panas dan tengahnya diisi dengan Creamy Crab. Bila nak makan, cubit-cubit mantao tu dan cicah dengan lauk. Rasanya enak, rupanya pun menarik. Berbaloi kita cuba juadah ni.
Butter Prawn
Ini antara juadah masakan kaum Cina yang tak perlu diperkenalkan lagi. Hampir semua orang, tak kira usia, dah rasa dan suka pada butter prawn. Rangup, lemak-lemak manis, udangnya pun besar dan segar. Puas makan!
Nyonya Asam Fish Fillet
Ini juadah signature di Restoran Chopsticks Asia. Rasanya masam-masam manis. Sedap bila dimakan dengan nasi. Sesudu demi sesudu kami makan masih tak habis-habis sebab portion nya sangat besar. Sesuai untuk 4-5 orang (kami bertiga je)
Spicy Lala with garlic & cili padi
Lala dia segar dan besar-besar. Isi nya penuh *ohhh i like* sedap tapi auwww .. pedas bila tergigit cili padi tu. Recommended untuk penggemar masakan Cina yang suka pedas.
Untuk sayur, kami pilih Sup bayam dengan goji berries.
Pertama kali jumpa sup sayur bayam sesedap ini. Bayam nya tak layu, ada goji berries dan telur herba di dalamnya. Ini sup kategori sihat sebab goji berries kaya dengan khasiat untuk kesihatan. Antaranya ialah melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan tulang, meningkatkan daya ingatan dan untuk awet muda. Wahh .. lepas makan sup terus perasan muda 5 tahun!
Kami pilih teh cina perisa pandan bagi melengkapkan juadah tengahari kami. Sedap dan wangi. Walaupun teh nya panas tapi … nyaman. Terima kasih Della dan Le Roy, kawan makan Misz-ella di Chopsticks Asia.
Kesimpulannya, semua makanan yang kami makan di Restoran Chopsticks Asia ada rasa dan sedap yang teramat sangat. Kalau nak cari kekurangan satu-satu juadah tu, memang kami tak jumpa. Sumpah sedap *happy tummy*
Alhamdulillah. Terima Kasih Encik Kenneth dan Restoran Chopsticks Asia. Restoran bersih, suasana sangat selesa, makanan semua sedap-sedap belaka. We will definitely come again and recommend Chopsticks Asia to others!
Ada dua lagi lokasi Restoran Chopsticks Asia iaitu di Bangsar dan di Cyberjaya. Kalau ada masa dan peluang, Misz-ella berkunjung ke sana. Banyak lagi menu-menu menarik yang Misz-ella belum cuba ni!
So pembaca kesayangan, jom ke Restoran Chopsticks Asia bawak kawan, bawak keluarga makan bersama-sama. Recommended by Misz-ella!
Untuk maklumat lanjut, ikuti :
Instagram Chopsticks Asia di
Sini.Facebook Chopsticks Asia di
sini.