Pages - Menu

Moment raya di blog


Pejam celik pejam celik .. dah berbelas tahun blog ni. Tak sedar masa berlalu. Niat asal tulis blog sebab nak tinggal kenangan untuk anak tunggal kesayangan, almaklumlah dia takda adik beradik untuk berkongsi moment-moment indah bersama keluarga, maka blog ini nanti bakal jadi pengubat rindu Aiman bila mama dah takda nanti *sobs*

Dari zaman dia sekolah kita menulis, sampai Aiman dah kahwin dan punya anak. Maka puan blog naik pangkat. Alhamdulillah, ahli keluarga makin bertambah. 


Kami raikan Hari raya Haji 2024 di Taiping. 3H/2M di sana, sarapan pagi, makan tengahari, makan malam bersama .. seronok tak terkata, terutama buat insan bernama Misz-ella yang selalunya sendirian, besar makna bila makan ramai-ramai. Terima Kasih tuan rumah dan keluarga kerana melayan kami semua dengan baik. Makanan yang sedap-sedap, ‘games’ dan hiburan-hiburan lain seperti tonton Netflix bersama .. i do appreciate our quality times together. 



Lepas makan pagi raya, kami ber sessi fotografi di Taman Tasik Taiping. Bukan mudah nak berkumpul ramai-ramai macam ni, kena rancang betul-betul. 


Buat pembaca-pembaca blog yang masih setia, Terima Kasih selalu datang baca. Kisah hidup biasa-biasa buat kenangan hari tua.

Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Seronok, kan. 


2 comments:

  1. Seronok baca kisah raya di kalangan blogger.
    Kisah setiap orang tidak sama.
    Samalah menulis blog untuk kenangan di masa hadapan.

    ReplyDelete