Pages - Menu

3 Hari di 3 Negeri - Hari Kedua

Hari ke 2 di Pantai Timur ~ Pagi-pagi lagi dan susur Pantai Tok Bali untuk menyaksikan matahari terbit sambil ditemani Ayah Ngah dah Abah Aiman. Aku paling suka menyusur pantai. Tenang rasa jiwa dapat dengar bunyi ombak sambil kaki dibasahi percikan ombak kecil. Selepas menyusur pantai, kitorang bersarapan beramai-ramai. Hmmm .. Nasi berlauk lah ... apa lagi? Hihi ...



Lepas sarapan, kitorg pun 'get ready' utk ke Kg. Pdg Luas, Jerteh. Kalau namanya pulang ke kg halaman, maka harus dan wajib lah ziarah rumah saudara mara .. nak pulak rumah adik beradik Abah. Oh ye .. rombongan bas dah bertolak balik ke Segamat lebih kurang pukul 7 pagi. 

Mok Su dah bukak warung makan rupanya. Maka ke warung sahajalah kami ... tak perlu ke rumah. Hihi ..

100 biji Kueh Akok ni memang khas untuk kami. Siap 'tapau' lagi. Terbaiklah. Hihi ..

Lepak-lepak .. Borak-borak. Tak habis-habis cerita. Hihi ..

Pastu kita gi rumah Mak Su Dah pulak. Mama Jah pun ada kat rumah dia. Borak-borak lagi .. makan-makan lagi .. gelak-gelak lagi .. Haih .. ada je benda nak di senda gurau kan bila ramai-ramai camni. Tersedak-sedak gamaknya Che' Lah kat London sebab kami dok seru-seru nama dia. Hihi ..

Pukul 2:30 petang, kita dah sampai kat Pasar Payang, Kuala Trengganu. Cantik la sutera batik sekarang ni, siap dengan batu-batu lip lap lip lap lagi. Sumpah tergoda. Hihi .. Tapi aku tak beli .. nak gi mana weih lawo-lawo camtu? Tapi tu lah .. ni dok teringat-ingat yg hok kelabu tu. Cantek kannnnn?? Ada ke yg cakap tak cantek? Kalo tak cukup cantek gak .. gi kutip batu jalan buh kat baju. Sure meletopssss!! Hihi ..

Pasar Payang dari dulu sampai sekarang tetap meriah.

Sedap .. sedap .. Tapi i tak beli u. Hihi ..

Ha .. yang ni aku beli.

Terjumpa cili kering gergasi kat Pasar ni. Terlupa pulak aku nak beli. Eh .. tak pe. Bulan depan aku balik Kelantan lagi. No hal lah tu. Small matter je.

Hari ke dua di Pantai Timur, kami dah cover dua negeri. Di dua-dua negeri ada sedara mara dan ada je benda nak dibuat. Ada lagi tau. Nanti-nanti aku updet lagi.







13 comments:

  1. nak ikuttt...tapi dah lambat hee best2

    ReplyDelete
  2. satu lagi negeri kat mana Kakchik...pahang ke?

    ReplyDelete
  3. wah...!!!

    abis pusing holiday ek..

    ReplyDelete
  4. alamak kueh akok!..lamenye tak makan..tggu bulan ramadhan baru leh jumpe..huhu

    ReplyDelete
  5. menarik gak pasar payang ni ye. lbih kurang cam pasar siti khadijah kn?

    ReplyDelete
  6. bestnya kak chik :)
    meriah betul holiday kali ni kan.
    terliur pulak tengok kuih akok :)

    ReplyDelete
  7. bnyk bjalan bnyk la abis duit..
    hehe..

    ReplyDelete
  8. kuih akok fevret rina! rindunye nk makannnnnn kt jb takde jual! nk jumpe pn time bazar ramadhan je. sob sob T_T

    ReplyDelete
  9. Terengganu adalah salah satu destinasi impian saya....:)

    ReplyDelete
  10. biasa kalau orang belah2 pasir puteh memang tak sah kalau tak masuk teganu kan kak chik..hihi..

    sehari boleh main lompat2 antara 2 negeri tu...lagi lah kampung wani kat semerak tu mmg betul2 kat sempadan :)

    ReplyDelete
  11. terliur gilerrr kat akok tu kakchik oooo..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  12. Wah kak sedapnya..rupanya tu dodol ya...yang bungkus ngan daun..hari tu Ciktom ada kirim kan untuk ellen..sedap...yang kena bungkus kecik2 tu macam sedap...wahhh

    ReplyDelete
  13. adoiiiii Kak Chik..

    dah lama tak tengok/makan yg kaler hijau kuning tu. Masa kecik2 balik kelantan, mesti ada jumpa benda alah tu..

    Kuih akok always be my favorite.
    Bestnya ...

    ReplyDelete