Pages - Menu

Ekor pun berguna ..

Someone told me that all parts of cow are useful. Entah le betul atau tidak .. Katanya lagi, dalam banyak-banyak bahagian lembu tu, yang paling sikit dan menjadi rebutan adalah ekornya. Hmmm .. RM30 sekilo harga pasaran bulan Ramadhan yang lalu. Harga mentah .. belum siap dimasak lagi tu. Mahal betul, kan. Jom bela lembu korang. Tahun ni kita bela .. tahun depan "Acik kayo". Hihihi.

OK. This entry actually is about Sup Ekor Ala Thai yang kita buat penghujung Ramadhan haritu. Bukan entry Kempen Bela Lembu ye. Hihi. Resepi Sup Ekor Ala Thai ni kita dapat  selepas 'roger-roger' Kakak Cantek kesayangan kita.

Memula kita rebus ekor tu dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Buh Sup Bunjut sekali. Buh jugak serai yang diketuk untuk tambah aroma supaya lebih terbuka selera. Jangan lupa buh garam. Bila ekor tu dah pengsan, masukkan batang celery dan tomato pastu tutup api. Pastu gi mesin kering lada hitam, lada putih, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau pastu curahkan tumisan tu dengan minyaknya sekali dalam periuk Sup Ekor yang dah siap tadi. Kacau-kacau, masukkan bawang besar dan cili api yang dihiris, perah limau. Makan dengan nasik panas-panas. Sedap sangat-sangat. Tak caya korang cuba ler sendiri. Hihihi.

9 comments:

  1. perah air limau....ada rasa masam masam sikit baru lah betoi betoi Thai..

    ReplyDelete
  2. sup ekor memang sedap tapi saya lebih suka lidah lembu yang di goreng garing

    ReplyDelete
  3. padahal ekor bukan banyak isi pon kan kak.hehehe tp mahal.

    ReplyDelete
  4. ok nak cuba .. banyak masukkan bawang ye.. kalau guna rempah sup tu tk jadi ke acik ??

    ReplyDelete
  5. kc letak celeri. rina suke! ehe^^ kc penah try jus epal + celeri? sedap taw!

    ReplyDelete
  6. Memang sedap sup ekor lembu! Tapi bagi I lah... bahangian lembu yang paling sedap ialah lidah lembu. Pernah merasa sekali jer dan rasa itu masih terngiang-ngiang di kepala ini. Hehe...


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Virtual Reality (VR)

    [U] Fakta menarik tentang Kg. Datuk Keramat

    [U] Resipi biskut raya mudah

    ReplyDelete