Pages - Menu

Santai malam ..

Isnin 5.9 ~ Berakhir sudah Episod Cuti-cuti Hari Raya tahun 2011. Back to the normal routine. Bersusun paper work kat opis setelah seminggu tak dapat sentuhan jari halus kita. What to do .. jari halus kita bertukar status menjadi jari kecut sepanjang minggu raya kerana bekerja kuat di dapur melayan tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah mertua.

Di malam hari Senin 5.9 sepulangnya dari makan malam di kedai mamak ~ Lepak sorang-sorang dalam bilik sendiri lepas mandi bertemankan sejuk dingin A/C ~ Terapi minda terbaik untuk hari ini. 

Nak layan Internet .. line 'sokmo' sakit. Baca cerita duka di suratkhabar sambil merenung Facial Treatment Mask SKII yang patutnya duduk di muka. Haih .. Camtu la jadinya bila Virus "M=malas" menyerang. Setelah beberapa lama, virus M berjaya disingkirkan menggunakan antibodi "R=rajin." RM45 gone untuk kulit lebih halus dan lembab celik mata esok pagi. Sekian sahaja Entry terapi minda dan muka untuk kali ini. Tima kasih baca. Eh .. ada ke yang baca entry bengong camni? Hihi.


9 comments: