Selepas tamat Agenda wajib Hari Raya di Sg. Buloh, kami pulang bertemu Bonda Zabedah dan Ayahanda Ismail di Segamat pukul jam 3 petang. "Timing" lari ler .. sebab tetiba Abg Sulung kita yang duk kat Taiping telepon dan cakap "Alop OTW .. Tunggu tau". Alahai Bro .. terbabas jauh 'plan' asal wa Bro. Mengenangkan hari ini hari raya dan my 1st Bro ni dah 20 tahun tak berhari raya together, kepulangan dia sekeluarga kami sambut dengan perasaan 'excited', riang ria dan 'hepi gila'. Maka nya, plan asal untuk berhari raya di rumah Kakak Cantek terpaksa saya tunda ke hari lain*Frust*. Next year balik awal sikit eh .. Boleh join Sessi Fotografi famili.
Selamat tiba di Kg. Sg. Siput, Jementah sebelum Maghrib raya pertama. Malam raya pertama di perkarangan rumah Ayahanda dan Bonda. Tok Ayah hepi .. dia sponsor cucu-cucunya main bunga api. Budak-budak riang gembira, yang tak budak macam kami jadi "Watchmen" ler ... Hihi.
Bangun pagi, Nasi Goreng airtangan Mama menunggu untuk di "ngap". Pastu, mama masak macam-macam untuk makan tenghari ~Ikan Cencaru Goreng Sumbat ni .... Pergggghhh .. sedap gila wa cakap lu. Mama kita memang hebat kat dapur la korang.
Bila dapat makan sambal belacan di hari raya ke 2 ~ heavennnnnn ..
Sila percaya yang Rendang Daging yang mama kita masak subuh raya pertama*dia suka masak fresh-fresh .. takmo masak awal-awal* habis licin di raya pertama. Pagi raya ke 2, Mum cooked again Rendang Daging dan sume makanan-makanan di entry ini. Rendang Daging Cili Api mama ni antara yang terbaik and a must in Hari Raya.
Mum also cooked masak Asam Pedas Ikan Mayong. Asam Pedas mama memang best and will always remain my favorite. Bertambah-tambah kita makan.
Having Ikan Siakap Suwit Sour for our 2nd day Raya lunch ~ Antara terapi perut terbaik di hari raya ini. Hihi.
Mum also cooked Rendang Ayam for the second round sebab Rendang Ayam yang mama masak selepas Subuh raya pertama pun habis sudah.
Our lunch yang macam-macam ada. Riang, gembira ria perut kami semua dek makanan yang sedap dan 'fresh' camni. Hihi.
Peria Goreng kesukaan kita pun ada. Raya ke 2 makan Peria Goreng .. Best gila!! Dan sila percaya mum cooked all this delicious food alone.
Kenyang perut suka hati .. Boleh la ambek gambar gedik camni. Hihi.
Tamat sudah entry mengenang Hari Raya ke 2 tahun 2011. Kesimpulannya, raya kami adik beradik seramai 11 orang walaupun meletihkan sangat best dengan macam-macam acara .. macam-macam makanan .. "Macam-macam Ada ... "
meriah makan!
ReplyDeleteadoi terliur lagi..
ReplyDeletealahai, sedapnya lauk² umah mama kc
ReplyDeleteCencaru sumbat itu membuatkan airliur kakcik yang sedang berpuasa ini rasa nak menitis!
ReplyDeleteKakcik pun masak rendang ayam di pagi 1 Syawal. :)
mak ai sodapnya kak cik..meriah sungguh makanannya ha..
ReplyDeleteBanyaknya makanan..sedap tp buat akk takut2 nak makan
ReplyDeleteWah KC raya kat Segamat ya..turunlah JB bila datang lagi...nnt akk jemput ke rumah...hehehe
Dapat sambal belacan di hari raya mmg heaven! :P
ReplyDeleteSaya pun ke Segamat pada raya ke-3
aduh, meriahnya dengan makanan tu
ReplyDeletemeriahnya Kak Chik...plg menyelerakan sambal belacan itu :)
ReplyDeletebetoi la kc memang meriah tngk makanan2 itu....meleleh sudah.....
ReplyDeletemenu yg sgt menyegat jiwa sis.
ReplyDeleteya allah, sedapnya..
ReplyDelete