Raya kat rumah mama saya mesti meriah dan best!! Nak tau kenapa? Cite dia camni... Bangun tidur di rumah sendiri .. mandi, sarapan ringkas-ringkas pastu gi Solat Aidilfitri. Dah 'settle' urusan dalam rumah kecik keluarga saya, maka akan 'excited' lah kami ber3 untuk Acara yang ditunggu-tunggu iaitu berhimpun beramai-ramai di rumah mama di pagi Aidilfitri. Famili demi famili akan sampai. Mama dan Abah 'excited' menunggu kepulangan anak dan cucu. Dan kepulangan kami haruslah diiringi dengan Juadah hari raya yang dimasak di rumah sendiri dan bakal dimakan bersama-sama di pagi Aidilfitri. Mama dan Abah suka dan bangga ~ Rendang yang ni ... anak A masak .. yang nun .. anak B masak. Kek anak C masak. Sampai tak muat meja makan mak kita. Hihi. Memandangkan kepulangan anak cucu adalah di pagi raya, maka sudah tentulah 'excitement' kami di pagi 1 Syawal. Excited nak tunggu masing-masing sampai .. excited nak tengok baju diaorang warna apa .. diaorang masak apa.. Tiap-tiap juadah harus dan wajib dirasa, walaupun sedikit. Haih .. ketat dan padat perut masing-masing.
Nak tau apa lagi yang kitorang buat selain dari makan dan minum? Eleh .. macam korang jugaklah .. Borak, gelak, bersantai-santaian, bermaaf-maafan dan diakhiri dengan berfotografi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang pulang ke "In-Law's".. yang tak da 'In-Law's' pulak mula la bikin 'plan' lain. Yang banyak agenda macam saya ni .. Hmmm .. jenuh menyusun jadual aturcara beberapa hari sebelum raya.
Pagi raya kat rumah sendiri. Aiman sokmo suka buat muka 'notty' ... hencem la kononnn ..
OTW to mum's at Tmn Impian Indah, Sg. Buloh. They are waiting for our family.
Mohon ampun dari ayah bonda di hari raya yang mulia ~ Acara wajib di rumah kami. Dimulai dari anak yang sulung hingga lah yang bongsu dan last. Tahun ni Abg yang sulung dan kedua tak da bersama kami di sini.
Mama mesti nangis tiap kali raya. Sebak, pilu, terharu dan gembira kot eh??
Selesai anak dan menantu, tibalah giliran cucu-cucu. Dimulai dari Cucu paling tua iaitu Najihah dan akhiri oleh Puteri, cucu paling bongsu. Wah .. wah .. wah .. Aliff Haqeem senyum hencem mengadap kamera. Tak sabar nak dapat duit raya ye?
Inilah Puteri .. cucu paling bongsu.
Pastu bersalaman dan bermaafan antara kami adik beradik.
Kakak saya, Saya dan Adik saya. Comel tak saya? Eh .. Kitoranglah bukan saya. Hihi.
One thing about my sister family is .. diaorang sokmo happening.
Aishah dan Benno yang honeymoon forever. Entah bila nak tambah ahli keluarga yer?
Banyak lagi gambar kenangan raya 2011 kami tapi hanya yang ini ingin dikenang disini. Hmmm .. camtu la cerita separuh hari raya pertama kami adik beradik sebelum kami berkonvoi ke Segamat untuk bertemu Mama dan Abah yang lagi satu. Famili kitorang kan besar. Tu pasal la tiap kali raya terlalu banyak tempat nak pegi .. Penat tapi best!!
ala bestnya kan dapat kumpul ramai2
ReplyDeleteslmt hari raya kakchik! sama lah thn ni sgt byk tpt byk gilerr rmh nk kena visit..keluarga dh makin bsr kan =)
ReplyDeletemak nangis sebab terharu tengok anak2 berkumpul.
ReplyDeletesempot baca entry kakchik..hehe
ReplyDeleteterasa kepenatan beraya :)
Best-besttttt....
ReplyDeletewah. bestnye ada family besar. :)
ReplyDeletebila raya ada family besar cam ni bestkan. ella selamat hari raya maaf zahir batin ye. kalau ada tulisan atau komen cik ina yang menyinggung perasaan cik ina minta maaf ye.
ReplyDelete