Lagi gambar-gambar masa Kenduri Kawin Liana. Bukanlah mau promote mereka seperti yang dikata sesetengah orang. They are strong enough .. they dont need me to promote them. Ini hanyalah Entry Kenangan untuk saya dan mereka-mereka yang bersama saya di Majlis itu. Tu je. Tak da niat lain ye kawan-kawan.
Pelamin 'suci' yang indah dan cantek. Ala-ala English gitewww.
Dr. Rozzana kawan baik saya. Saya sayang dia macam sayang kakak sendiri. We share a lot of stories together. Banyak persamaan kami. " Professor Dr. Rozzana" in the making. InsyaAllah. I doakan u, kak.
Tengah syok lepak dalam rumah dengan Kak Zana tetiba Aiman sms .. Ma, Auntie Yon dah sampai. Elehhh .. kita baru nak berangan depan pelamin.
Sempat panggil diaorang untuk ambek "picture" bersama walau diaorang busy sana .. sini .. di situ .. di sini.
Mak pengantin dah tentu la bestfriend kita. Sampai-sampai je kena 'sound' manja dengan Abg Zainal asben Kak Nani .. 'Dalam "List of Bestfriend' u yang paling last sampai'. Alahai .. teman kerja Sabtu .. nak buat camna. Kenduri Hanis nanti Kak Nani buat hari Ahad ye. Sekarang ni kan, habis sume kawan kita dah jadi kawan Kak Nani. Blogging memanjangkan ukhuwah, kan.
Alahaiii .. Gedabak betol baju kita, kan .. macam baju pinjam. OK. Dah kena 'grounded' pun baju tu. Orang "S" jangan mengada nak pakai Free size. Make sure lepas ni ukur baju di badan sendiri .. jangan ukur badan orang. Hihi.
Alahaiii .. Gedabak betol baju kita, kan .. macam baju pinjam. OK. Dah kena 'grounded' pun baju tu. Orang "S" jangan mengada nak pakai Free size. Make sure lepas ni ukur baju di badan sendiri .. jangan ukur badan orang. Hihi.
Suasana kenduri. Best, kan. Sib baik Bkt Jelutong dekat dgn rumah kita. So, ulang alik S.U. ke B.J. 2, 3 kali seminggu itu biasa buat kami semua.
Blogger Ztee pun ada.
Dok berbalas SMS dengan dia dengan pesanan ~ "Jumpa di Sana"
Empat orang kat depan tu senyum sepesen, kan. Comel!!
Kek Pengantin putih suci berseri. Ever since i recommended Shahila kat Kak Nani, dah dua event Kak Nani melekat dengan dia. I'm happy .. dapat 'contribute' sesuatu untuk Majlis ini.
Tiga gambar ni kita ambek dari Blog Ztee. Cantek kualiti gambar dia.
Pinggan sapa la tu?
Tanda Terima Kasih dari Tuan Rumah kepada tetamu yang datang.
Aiman dan Khairi. Aiman sibuk "Jom Ma .. Aiman nak wish Selamat Pengantin Baru kat Abg Khairi". Abah Aiman entah kat mana-mana entah masa ni.
Pose ni idea Khairi. Bosan kot asyik tegak cam "Mannequin"?
Blogger Fillakasih.
Kita selalu baca entry dia yang hepi-hepi lepas direkomen oleh Kak Nani. Best blog dia. Baik untuk stress release dan menenangkan jiwa. Kita perasan Filla sebab dia duk semeja dengan kawan Hanis, Yuli yang pernah se 'flight' di Jakarta dulu. Senang nak 'recognise' Filla sebab muka dia lain dari yang lain. Ala-ala 'mix' gitew.
Tragedi Hari Kenduri ~ Gara-gara terlalu dengar arahan Security yang menjaga parking dan jalan, tayar kereta Kak Zanna terbenam di tanah yang lembik. Setelah aktiviti tekan minyak dan tolak tak berkesan, akhirnya kereta kena tarik. Sib baik ada jiran Kak Nani yang sudi membantu. Bila yang berat kita pikul bersama, kereta yang terbenam berat ini jadi ringan akhirnya. Alhamdulillah. OK. Habis sudah gambar-gambar sekitar Kenduri Kawin Liana untuk dikongsi bersama. Sekian. Terima kasih baca. Bye.
cantikkkk............pelamin tu.....nie yg berangan nie..hehe
ReplyDeletecantek pelamin tu.sweettt je =)
ReplyDeletehwuaaaaaaa.. mix? tolong lah kak chik oiii.. hahah.. kitew letak link kakchik kat sidebar kite yer.. senang nak baca update kakchik ;)
ReplyDeleteI really like the wedding was...
ReplyDeletepelamin mmg sweet..lovely =)
ReplyDeletelepas mkn kenyang2 kerah tenaga tolak keta lak eh? haha ciann
Sonoknye asyik g wedding je... :D
ReplyDeletemissed tiz great wedding, merajuk kak nani dia jemput kita x datang..huhuhu
ReplyDelete