Pages - Menu

Ikan Siakap Tiga Rasa dan Sayur Campur

Wehhhh .. pagi ni kita terlebih rajin. Terlebih rajin sebab kita bangun awal. Nak sahur. Eleehhh .. sahur la sangat .. Takat Nescafe 3 in 1 sahaja. Tapi pastu dah tak boleh tidor balik. So kita terus masak dan taip Entry ni. Bagus gak bangun sebelum Subuh ni ye .. macam-macam boleh buat dibandingkan dengan bangun sesudah azan Subuh iaitu pukul 6:30 tiap-tiap hari.

Ikan Siakap Tiga Rasa.
Ikan Siakap ni kita beli kat kedai dekat-dekat rumah kita - RM9:90 sahaja. Pastu serai, daun limau purut, bawang, tomato, cili api, Thai Cili sos dan Thai chilli paste memang ada kat rumah. So, total cost Lunch Aiman hari ini ialah RM9:90 sahaja .. boleh makan sampai tummy membesar menjadi lebih sehat. Hehehe.


Sayur Campur ber Fishball
Menghabiskan stok-stok sayur yang ada dalam Peti Ais. Carrot, Buncis & Baby Corn digoreng dengan Bawang Putih dan Fishball. Mmmmm .. silap-silap kita balik kerja ni ada lagi. Diaorang kat rumah tu kalau makan sayur setakat sesudu dua je .. alih-alih kita gak yang kena habiskan. Nasib si Sayur .. bukan keutamaan hanya lauk tokok tambah .. padahal kalau kita boleh lebihkan sayur dari nasi .. confirm kulit cantik berseri. Hmmm. OK lah. Got to go. Bye.


15 comments:

  1. bestnya siakap 3 rasa, lama tak masak siakap =)

    ReplyDelete
  2. bestnya KC . terliur tengok ikan siakap tu :)

    ReplyDelete
  3. Siakap 3 rasa ngan kacang buncis..
    Nyam3.. KOmbinasi yg mengenyangkan..
    ^___^

    ReplyDelete
  4. sedapnya siakap tu.
    suka masak 3 rasa..ni yg buat nak trylah bila ada masa nnt :)

    ReplyDelete
  5. sedapnya siakap 3rasa...

    kak - bab sayur tu - sama lah cam kat umah iols...
    kesian kat sayur tu kan???

    ReplyDelete
  6. Susah betul nak suruh orang makan sayur kan? Si BS kadang2 makan sayur dengar berselera, tapi selalu juga dia tolak ke tepi je. :(

    ReplyDelete
  7. menu dua ni pun sure makan bertambah ni tambah lak ada siakap 3 rasa pedas2 sikit makan ngan nasi panas...sedap.

    ReplyDelete
  8. alahai...siakap 3 rasa..terbau2 sampai kulim ni

    ReplyDelete
  9. Saya respek betul kaum ibu...bangun pagi2, boleh memasak..kalau sayalah disuruh bangun pagi/time sahur, kena masak...hmmmm..hahahaha

    ReplyDelete
  10. kalau minum nescafe masa sahur..memang susah nak tidur balik KC.

    tapi bangun awal mmg banyak kelebihannya kan. macam kita ada masa lebih pulak. hihi~

    ReplyDelete
  11. bestnya..i suka nescafe..mmg wajib amik tiap2 hari ;) msti ada tak kena klu tak amik

    siakap pun dah lama tk mkn :(

    samalah sini pun..budak2 susah nk makan sayur uwaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  12. Assalam kak, sedapnya tgk ikan siakap dan sayur tu..menyelerakan.rajin akak bgn pepagi msk..:)

    ReplyDelete
  13. sejak risya sekolah ni kita tiap hari bgn kul 5 pagi KC..sbb tu bila hujung minggu heavennya rs boleh bgn 6.30 hikhik

    ReplyDelete
  14. cedapnyerrr cayur tuuu.... ikha suke baby corn auntie eyya ( ella ) hehehehe

    ReplyDelete
  15. alahai sedapnya.... lapar pulak bila tengok makanan tgh mlm2 nie.. hehe

    ReplyDelete