Pagi ke 2 ~ Bangun pagi dan 'decide' untuk jalan-jalan dan sopink lagi. Memandangkan Trip 3H/2M ni adalah trip yang kitorang jalan sendiri, tak ikut mana-mana travel agent, so kitorang kenalah susunatur jadual sendiri. But for those of you yang tak follow mana-mana travel agent di Malaysia, jangan risau, normally hotel ada sediakan Pakej Melawat ke Tempat-Tempat Bersejarah yang caj nya adalah murah ... tapi untuk kitorang memang tak sempat lah sebab our main target is shopping. So, mari sambung shopping hari ini.
As promised .. alamat dan email address Hotel An Tam. Wan Zuriati .. maaf ye .. lama awak tunggu Info ini, kan.
Sarapan pagi di Tingkat 1 Hotel AnTam. Inilah Sarapan Kami selama 2 hari ~ Roti, Telur, Buah, Coffee and Tea. Cukuplah sekadar alas perut untuk mengaktifkan Sistem Metabolisme Badan di pagi hari.
Pagi ni kita nak ke kedai Gingko T-Shirt. This is Vietnam local brand. One thing about Vietnam, dia banyak produce produk dia sendiri terutama dalam bidang Fesyen and Gingko T-shirt is one of them. I tanya Receptionist tu jauh tak dari Hotel ni? Dia kata dekat ... dalam 15 minit berjalan kaki je. Setelah bagi direction dan bekalkan kitorang dengan Peta bandar HCMC, kitorang pun mula melangkah dengan Gaya ala-ala Omputeh dah biasa travel gaya backpackers ke sana sini. Elelele .. baca map pun fail ada hati perasan Omputeh!! Hehehe. Kelakar tau .. masa on the way ke Bui Vien Street tu .. banyak kali stop dan baca peta .. pastu tanya orang. Then at one time ada sorang budak lelaki berhenti dan tanya kami .. Excuse me .. Can i help? And Kak Zana pun teruskan conversation dengan dia dlm waktu yg sama i cakap dengan Kak Zana "agak-agak dia nak caj kita tak" and Kak Zana straight away ask him "Are you going to charge us". No. No. I'm a University Student. I'm here to do some research and help the tourist. I just want to help .. gitew la jawapan dia. Fuhhh .. lega. Lepas budak tu tunjuk jalan, kitorang pun teruskan perjalanan. Dalam perjalanan, Yanti si Bedak Sejuk nampak 2 orang Omputeh di depan .. seolah-olah menuju ke arah yang sama dan Yanti cakap .. Jom ikut Mat Salleh tu .. I jawab .. Mat Salleh pandai baca peta, kan jom follow diaorang mesti tak sesat. Dan betul .. tak sesat pun. Kelakar betul la pengalaman kitorang travel ala-ala pandai bebenor le jalan dekat HCMC tu. Hahaha. Sebenarnya all the places of interest are reachable within walking distance tinggal lagi kita kena tau nak masuk jalan mana. Baca peta dan 'plan' betul-betul supaya kita tak banyak buang masa kat jalan. Hati-hati jalan kaki ye sebab motosikal adalah 'Raja Jalan' di HCMC. Pandang kiri .. pandang kanan .. line clear barulah melintas dan lintaslah dengan keyakinan. Jangan teragak-agak .. jangan takut-takut .. sebab Penunggang motosikal tu akan 'slow down' their speed for you.
Rombongan Misz-Ella sedang melangkah. Misz-Ella belakang sekali sebab nak jadi 'MamaRazzi'. Kelakar kan Electrical Distribution Board dia. Bersimpang siur berselirat sana sini wayar.
Di Bui Vien Street ada makanan Halal so jangan risau kalau lapar disini ye. Jalan ni juga dikenali sebagai 'Backpackers area' .. di celah-celah lorong antara 2 bangunan ada tempat tinggal untuk 'backpackers traveller'. Kat sini juga terletaknya "Tuan Travel" agensi pelancongan tempatan yang menyediakan Pakej-pakej melancong di HCMC tapi dah tentulah pakejnya kalau disertakan dengan makanan, sure lah tak halal, kan. Kat jalan ni banyak Kedai-kedai kecil yang menjual produk tempatan seperti Blouse Sutera *murah ok rege dia*, ada jugak Money Changer dan macam-macam lagi lah ada kat sini.
Dari Bui Vien Street kami naik teksi ke Pasar Binh Tay atau disebut Kho Binh Tay oleh masyarakat tempatan. Cho Binh Tay ni lebih kurang Pasar Borong lah. Kain, Topi, Beg, Baju semua dijual dengan harga borong tapi kena beli banyaklah .. tak boleh beli sebijik-sebijik di sini tapi disebabkan kitorang pandai 'tackle' penjual beg disini .. dapat jugaklah kami bawak balik beg-beg tangan dari sini. Tak la kitorang pulang dengan tangan kosong.
Lepas tu kami dah lapar. So kami naik teksi ke Restoran Vietnam Delights di Lee Lai Street. Disinilah kami berkenalan dengan En. Azmi dari New World Hotel, Saigon dan En. Mohd Fazil, salah seorang Rakan Kongsi Vietnam Delights ni. Kalau ke HCMC, jangan lupa ke sini ye, kawan-kawan. Makanan kat sini tersangatlah sedap sampai hari ni teringatkan 'Thousand Mile Flowers with Beef .. Beef Pho ..Vietnamese Soup .. makanan Vietnam sedap-sedaplah. Kena dengan selera kita tapi cili api dia .. Fuhhh .. berasap!!
Lepas makan, kami berjalan kaki ke Benh Tanh Market. Did some shopping there pastu balik ke bilik sebab hujan dah turun. Dalam pukul 5, 6 petang camtu .. kami berjalan kaki ke kawasan-kawasan berdekatan termasuklah ke Saigon Square. Best oooo shopping kat Saigon Square ni .. kompleksnya berhawa dingin .. baju-baju fesyen terkini dan kat Tingkat 1 kompleks ni ada Zara, MnG .. original yang dijual pada harga yang tersangatlah berpatutan. Gambar akak gelap sebab masa ni hujan renyai-renyai. Walau hujan, gigih Misz-Ella menyuruh Ismayanti Si Bedak Sejuk mengambil gambar sebagai bukti yang kita dah sampai tempat ni. Elehhhhh .. cam hebat sgt lah Saigon Square tu, kan. Hehehe.
Pas dah shopping serba sikit di sini, kita balik ke Hotel dan telefon Vietnam Delights for our dinner delivery. Pas makan, kita nak jalan-jalan di Pasar Malam Benh Tanh .. masih ada benda yang mahu dibeli.
Turun je tangga hotel, tengok-tengok ada orang jual Telekong dan Baju Kurung kat kaki lima jalan. Wahwahwah .. macam cendawan tumbuh lepas hujan gerai-gerai ni ye. Gerai ni wujud malam hari je .. siang tak da. I really feel home at this area sebab ramai betul orang Malaysia di sini. Pastu jual Baju Kurung sesuka hati diaorang jer. Pandai betul Kerajaan diaorang 'tackle' rakyat Malaysia agar ke sana ye? Kita rasa kan, kalau tak kerana industri Baju Kurung, Jubah dan Telekung, mungkin la tak ramai sangat orang Malaysia ke sana kot? Hmmm .. OK. Panjang sudah Edisi ke 2 Jalan-Jalan di Ho Chi Minh City ni. Nanti kita sambung Bahagian ke 3 ye. Buat u ols yang sedang merancang ke sana .. Hope U Enjoy HCMC as much as we do .. especially SHOPPING!!! Hehehe.
Copy & paste input dari KCE bulan 6 nak merempit shopping kat sana...
ReplyDeletekalau jd me akan cuti2 kat sini gak nanti...so wajib lah me refer entry blog KC ni :)
ReplyDeletebestnya cuti2 jalan2...he3..
ReplyDeletegeram tengok topi. banyak betul...
ReplyDeletebestnya kakchik...
ReplyDeletememang rambang mata tengok barangan kat sana...
bila kakchik nak pi lagi?
nak pesan belikan.... kain
hiks
seronok gi shopping kat HCM. Tak sabar nak ke sana November ni...Thanks for the info. emput ke blog akak juga,,,
ReplyDelete