Pagi-pagi ni kan .. sebelum minda kita dicemari dengan macam-macam benda .. sebelum akal kita bercelaru dengan berbagai-bagai perkara yang kadang kala tak tercapai dek akal kita .. pe kata kita cuci mata dan minda dengan menda-menda yang enak dan lazat dulu.
Chocolate Moist Cake yang 'luxury' ni hanya RM18.00 sahaja. Beli sebenarnya untuk Anakandaku Si Aiman yang dah tentulah 'chocolate cake lover' tapi disebabkan tak tahan dengan kemewahan Kek Coklat yang mewah dengan Coklat ini ... bersudu-sudu ai makan. Dan disebabkan sedap teramat tak sedar dari sesudu ke dua sudu .. dari dua ke tiga .. dan saat diri insaf dek mabuk kek coklat yang tersangat lah 'luxury' ini, entah sudah berapa 'kalori' menyusup masuk ke 'tummy' comel ku ini. Alahaiiiiii .. nape la sedap sangat ni*baru nak menyesal*
OK. Meh kita nak cerita sikit tentang Kek Coklat Lembap dan Mewah ini. Sebenarnya kita bukanlah penggemar Kek Coklat tapi Kek Coklat Kukus yang dibuat oleh anak kawan baik kita ni betul-betul buat kita tewas. Cuba tengok Chocolate coating dia .. meleleh turun bila dikuis oleh sudu kita .. menunjukkan betapa tidak kedekut dan 'generous' nya pembuat kek ini. Dah la tu .. rasanya pun tak pahit dan tak manis. Sungguh tekak 'friendly' .. dijamin tidak meloyakan dan memualkan tekak sesiapa sahaja yang menelannya. Nak cuba tak? Nak try tak? Sila call Chef Zafran di no. tel : 017-2326822. Penghantaran sekitar Wangsa Maju, Setapak dan Setiawangsa boleh diuruskan dengan caj penghantaran yang sangat minimal.
.
Memang nampak kemewahan coklatnya. :)
ReplyDeletemmg mewahlah coklatnya tu..melimpah2 :)
ReplyDeletekakcik...sedapnye kek nih..KD suke sgt kek coklat tp die tkleh anta kt kota damansara kan...uhuk...
ReplyDeletenasib baik tak puasa harini...kalau takk, nak amuk kat blog KC...hehehe
ReplyDeletek cHik,
ReplyDeletesuker benau dn kek coklat, nak2 yang kukus punye.. mantops ooo lazat tak terHinGGa
sedappppnyaaaa
ReplyDeleteYa Allah..mengiurkan suggh!
ReplyDeleterasa cam nak meleleh air liur.. tempting sungguh!
ReplyDeleteomai....nampak sangat menyelerakan...ade chance nk try ni...orderkan satu KC...dua pon takpe hahah...
ReplyDeletemewah dgn coklat, and absolutely mewah dgn calorie...ekekekke..takpe, KC maintain slim..:P
ReplyDeleteMeleleh2 coklatnya KCE...I memang coklat lover...
ReplyDeletebanyaknya coklat dia...tu yg sedap tu.... munna hantu kek coklat....
ReplyDeleteish..ish..
ReplyDeletebestnya kakcik...
coklat dia berenang-renang gitu..! hehehe