Seperti biasa .. Misz-Ella kalau ada sesuatu atau experience sesuatu yang best, automatik mesti rasa nak share dengan pembaca-pembaca setia Blog ni. OK .. meh nak stori sikit. July is always a special month for me and family. First, sebab 3hb Julai tu birthday kita dan anak buah kita @ sepupu Aiman iaitu Amir Izzat .. pastu 13hb Julai pulak birthday The Queen of My Heart ~ My Beloved Mama dan adik angkat kita Jijai. If you read or follow this blog mesti you all tau yang kitorang satu famili ni memang tersangatlah rapat. Walaupun semua dah kawin, we remember and celebrate each other birthday. Malah birthday-birthday In-Law pun kitorang ingat.
Hari Istimewa, harus lah diraikan dengan makanan istimewa termasuklah kek. Biasanya Aishah my sister tukang beli kek tapi this year i took over .. sebab masa blogwalking sana sini, terjumpa blog yang jual kek yang tersangatlahhhhh cantik dan review yang diterima dari orang-orang yang dah penah order adalah tersangattttlah baik. Tiap kali tengok Blog dia, mesti jatuh cinta .. mesti komen Nak.Nak.Nak. Nak rasa dan order Kek dia pastu terus 'aim' satu hari nanti mesti Nak jugak jadikan kek dia ni mangsa 'tummy'. Ekcelikan, ramai antara kita bila sebut kek je nampak Secret Recipe, kan. But for me, kita suka sangat cuba yang lain-lain. Secret Recipe dah terlalu gempak dah .. dah boleh agak rasa dia .. so less excited la, kan. OK. Panjang dah membebel .. mari kita lihat Kek Pilihan Tahun ini iaitu dari Hot Mama. Rambang mata masa nak buat pilihan .. siap tanya my sister KY .. Nak Snickers Cheesecake? Nak Blueberri? Nak yang tu? Nak yang ni? Aku takmo yang terlalu manis. Wahhh kau .. itu syarat pertama yang harus dipatuhi. My KY said .. My kids would love Blueberry Cheese. Ko agak-agak manis tak kek tu? It shouldn't be sweet. Orite .. Kita cuba. Harap-harap sedap. Harap-harap tak manis sangat. Harap-harap tak menghampakan tekak dan bakal buat 'tummy' kita semua hepi*doa dalam hati*
Walaupun KY pilih Blueberry Cheese .. kita tetap nak Snickers Cheesecake sebab auwwwww .. mengancam sangat rupa dia so Misz-Ella yang degil turutkan kata hati ~ Order 2 bijik sekali .. tapi Kek yang cun ni kita potong kecik-kecik bawak p rumah mama. Yang besor simpan dalam peti ais. Sayangnya .... nak bagi sume kat diaorang sebab .. sebab .. sebab .. sebab kek ni sedapppppp sangat. Cantikkkkkk sangat. I thot its gonna be sweet tapi sebenarnya tidak. Even chocolate tu pun tak memaniskan Kek ni. Pastukan ada rasa ala-ala 'peanut butter' sekali tau .. i think dari 'Snickers' tu kot? Seriously this 8' round pan Snickers Cheesecake is so delicious. RM65 sahaja. Rasanya kalau Secret Recipe buat kek secantik dan sesedap ini harga sure dah jadi double triple kot?
Kita alih-alihkan Perkataan Happy Birthday tu. Saja suka-suka. Hehehe. Korangggg .. meh nak bagitau .. Strawberry tu fresh sangat-sangat tau. Snickers tu berebut kitorang makan. Hehehe.
And this Blueberry Cheesecake pun tak menghampakan. Sedap dan menggiurkan. Auwwwww .. seksi Kek ni. Wet Look lagi dengan fresh Blueberry paste and decorated with Fresh Small Blueberry. Serius sedap gila. Ni bukan syok sendiri tau sebab hampir 20 orang yang makan kek comel ni pun cakap 'Sedap la La kek ni .. pandai kawan ko buat'. Auwwww .. kembang hati tukang beli kek. Bangga kita sekejap. Hehehe. Lela .. pasni KC nak order lagi.
Haaaa ... engkau .. Saja je tunjuk lebih-lebih biar korang tergoda lebih lebih dan lebih. Hehehe. Hmmm .. tak da apa-apa nak cakap lagi dah .. cuma nak bagitau dan kongsi dengan korang je yang saya dah jumpa Kek yang menawan dan buat 'tummy' tertawan which is from Lela Hot Mama. For those of you yang tinggal di Puchong atau sekitarnya senanglah nak order sebab Lela duduk area-area sana. Macam kita aritu ambek kat Tesco Shah Alam sebab kita gi Pasar Tani pagi tu dan kebetulan Lela pun nak ke PJ so meeting area tu acceptable la for both of us. Eh OK lah. Got to go. Sekian Entry Kongsi-Kongsi @ Sharing with you guys untuk kali ini. Len kali kita cerita lagi eh. Mekaseh baca. Bye.
Eh .. cop .. cop .. lupa nak cakap .. kalau nak order email Lela kat ibualesha@yahoo.com ye. InsyaAllah sepantas kilat dia jawab. Ok lah. Kali ni betul-betul habis cerita dah. Bye.
Eh .. cop .. cop .. lupa nak cakap .. kalau nak order email Lela kat ibualesha@yahoo.com ye. InsyaAllah sepantas kilat dia jawab. Ok lah. Kali ni betul-betul habis cerita dah. Bye.
wawawawa sedapnya kak chik...
ReplyDeleteeka yang tengok ni rasa nak meleleh air liur..
kalau kita oder,org kata sedap,kita pun tumpang seronok kan kak..
aduh aduh KC....cantiknya...macam terkunyah2 nak membayangkan kesedapannya tu..hadeh..saja dera perut orang pagi2..nasib baik belum start pose..
ReplyDeletememang meneliurkan la kak kc..uhuk
ReplyDeleteperghhhh....terliuq nih KC...klu time bulan pose nih taktaulah.....
ReplyDeletewauuu..teliur nie ;)
ReplyDeletehttp://kamiboolat.blogspot.com
Tau blog ni sebab memang banyak dia jual cheesecake je kan... Tapi sebab belum ada masa yg sesuai nak order, tunggu2 la dulu... Aduhhh review org yg beli semua ckp sedap... Skrg KC pulak dok ckp sedap... Yummy...
ReplyDeletewah, murahhh tu. boleh sgt order sebab rasanya pun marvellous. kesedapan kek tu sampai ke JB kak chik... hehe...
ReplyDeletesedanya KC....
ReplyDeletewaduhh
ReplyDeletesedapnya!!!!
yeay! kite dok kat Puchong. Senang la nak order nanti ni. hehe...
ReplyDeletethanx kak ella sudi share.. :)
Mmg nampak mengancam selera kek2 tu KC
ReplyDeletemmg terliuq pown... strawbery tu aduhai terbaik!
ReplyDeletealaaa...gemok la akak nanti kalau order sebiji. tapi kalau kc bagi free, pos ke sabah...akak tak tolak.
ReplyDeletegambar terakhir kek tuh....memang betul2 boleh buat tergoda lah walaupun saya tak berapa suka sangat makan kek nih
ReplyDeleteteringin nak cekut snickers tengah2 tu..
ReplyDeletemmg sedap KC..
ReplyDeletetadi baru cerita nak makan kek kat kwn opis ni..tetiba tertengok kek KC..terus jadi migrain hihihi..
olala sedapnya, harus terjah ni hehe
ReplyDeleteTiba2 kakcik rasa nak beli kek bila balik nanti. :)
ReplyDeletefufuhhhh mengiurkan kek2 tu.. terliur mak buyung tengok :D
ReplyDeletewahhhh kak chik!!!! tak sangka siap promote kt blog neh... hehe..
ReplyDeletesuka la kita bila satu family kata sedap.. alhamdulillah setakat nih komen2 dari pembeli tak pernah menghampakan.. tp kalau ada terkurang sekali pun.. saya sedia menerima kritikan dng hati yg terbuka.. gituhh! hehe
once again.. thanks Kak Chik!
kakchik...kita selalu intai2 kat blog hotmama tu..
ReplyDeleterasanya nak jilat2 screen jek!
kehkeh
*akak, alhamdulillah aiman dah sembuh dan dah discaj ye.. suka dengar..
strong boy betul aiman tu..
Tak nak tulis pasal kuih talam berlauk aku ke?
ReplyDeleteCer citer sikit pasal kuih talam berlauk pulak!
ReplyDelete