Pages - Menu

Rumah Johor

2H/1M di Kg. Sg. Siput menziarah Mama Ida, ibu tiri saya dan adik beradik di sana. Walau Arwah Abah dah tak ada, Alhamdulilah silaturrahim antara kami masih terjalin.  I have met a few persons or family yang merasakan kalau Arwah Abah dah tak ada, apa perlu kita jalin hubungan lagi? Ada jugak yang tak pernah berbaik-baik.  Buat kami adik beradik,  In Sya Allah silaturrahim antara Mama Ida, ibu tiri kami dan adik beradik kami tetap kami pegang.  Tiada sengketa antara kita yang ada hanya kasih sayang yang disemai sekian lama. Misz-ella balik kg, tidur sekatil dengan ibu tiriku Mama Ida.  Bila masuk bilik ni, tetiba rindu pada Arwah Abah.  Arwah Abah yang sentiasa suka bila tau kami mahu pulang, tanpa henti dia akan telefon untuk mengetahui waktu kedatangan.  Arwah Abah yang akan sentiasa tanya Mama Ida, anak-anak ada telefon? Arwah Abah yang di akhir usianya, bila kudrat dan tenaga dah semakin terbatas, bila diajak Mama untuk mengunjungi adiknya Che Lah di London, Ida pergi dengan Kakchik lah, jawab dia.  

Arwah Abah selalu teruja bila Misz-ella travel dengan Mama Ida.  Dia bangga bila anak kandungnya dari isteri yang berlainan, melancong bersama.  I knew he is happy.  Dia dan adikku Iju akan hantar Mama Ida ke KLIA walau dengan keupayaan yang sangat terbatas.  Terbayang raut wajah Abah yang berseri bercahaya saat menghantar kami ke Balai Berlepas.  Kesungguhan Arwah Abah menyatukan kami adalah sesuatu yang sangat berharga dan kami hargai. When i looked back, i knew i owed him something - Arwah abah mendidik kami bahawa kasih sayang tiada sempadan.  Asalkan kita ikhlas memberi kasih sayang dan menerima seseorang dalam hidup kita tanpa prasangka dan seikhlasnya, maka sebuah kehidupan yang indah itu milik kita.  Alhamdulillah ... i am blessed with adik beradik yang ramai dari 2 ibu yang berlainan. Allah SWT bagi rezeki dengan bermacamcata dan ini lah salah satu darinya.  Syukur Alhamdulillah.


Misz-ella kalau balik kampung, memang takkan masuk dapur. Nak makan yang mama masak puas-puasss

Anak buah kat sana - comel dan keletahhh sangat

6 comments:

  1. alhamdulillah.....semoga jalinan diberkati dunia akhirat...amin

    sedapnya masakan mama.... :)

    ReplyDelete
  2. wah bagusnyer masih menjaga silaturahim mcm ini !

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..silaturahim itu perlu dijaga..


    http://akutaksunyi.blogspot.com/2013/06/vivix-shaklee-rahsia-anggun-menawan-dan.html

    ReplyDelete
  4. Masyallah. .happy to hear yr story..silaturahim yg tak terputus.. malah x boleh putus sebab sedarah kan..

    ReplyDelete
  5. I miss Abah too. Miss him so much that I put his name at you know where. Semoga Allah merahmati Arwah. Jangan lupa baca yassin untuk Abah sis.

    ReplyDelete