Pages - Menu

Dating dengan Kawan Taman @ Man Burger Kukus Lava



Zila Saad dan Farah Diba - Teman makan malam Misz-ella di satu malam.  Kami setaman, tapi tak satu jalan.  Zila nun sebelah kanan, Farah nun di atas bukit.  Walaupun setaman, kami rakan online.  Al-kisahnya Zila, dulu mak dia duduk jalan depan rumah Misz-ella.  Dulu rapat dengan mak dia, sekarang rapat dengan dia.  Anak makcik Kamariah jual kuih raya; saya beli.  Zila tanya sapa yang order ni mak? Ella, jawab makcik Kamariah.  Amboi ... bukan main lagi mak aku, ada kawan nama Ella *dalam hati zila*.  Tapi masa ni i tak rapat pun dengan Zila, rapat dengan mak dia je.

Lepas tu kami sama-sama join Grup GHMB. Standard arr perangai Misz-ella,  i ni al-pemalu tahap gaban.  Tak do nya den tego sana sini till one day Zila tegur me and kenalkan diri secara terperinci. Oooooo ... anak makcik Kamariah rupanya.  Till then, FB dan SMS jadi penghubung hubungan kami berdua. Makin hari, makin mesra. Alhamdulillah.

Burger Man Lava Kukus Bakar.  Nama burger ni Patrick.  Ooooo makaihhh .. sedap gila burgernya.   Dengan daging yang lembut *sebab dikukus dulu baru dibakar*, burger kukus Man Lava sangat mesra gigi ya kawan-kawan. Kunyah-kunyah telan.  Sungguh lembut, halus dan ringan.  Very teeth friendly, ok.  Rasanya?  Fullemak .. memang best siot.  Terasa segala-galanya, makan sekali gerenti nak lagi.  Opssss ... cukup-cukup.  Kang orang ingat den duta!! Hahaha.

My fren Zila sedang menunggu si Farah Diba.  Biasa la mak-mak macam kami ni kan, sebelum keluar rumah kena uruskan anak, laki dan segala-galanya. Then baru ada masa untuk diri sendiri.  Keluarga didahulukan - begitu la kira-kiranya.

Pstttt ... kawan Misz-ella Farah Diba tu, kan, punya lah lawa i tell you.  Kulit putih pink halus bersih gila tak da sebarang cela.  Mak Omputeh, bapak Melayu, anak tiga, bertudung labuh, asben Ustaz.  Alhamdulillah ... rezeki dia, kan.  She very good in bake-bake you know.  Sugarplum's Kitchen nama dapo dia.  Misz-ella kan, suka la dapat kawan pandai masak. Teringin je, order.  Nak makan je, order. Perghhhh ... dasar pemalas! Hihihi.

Gi kat Kaunter, queue and order.  Ehhhh .. bayo sekali la, kan.  Pastu nanti dia bagi kad.  Tunggu sampai dia panggil no kita.  Dah kena panggil tu, sila la bangun p ambik burger  sendiri ye.

Yang ni nama dia 'Spongebob' rasanya ...

Amboii Menu ... ke main lagi menggoda 'tummy'.  Serius tergedik-gedik hati, ok. Yang tu nak, yang ni nak. Hamboiiiii kauu ... tak sedo badan sudah membesar dengan sihat.  "S" dah agak ketat, "M" dah kata mai lah.  Betul-betul kerana mulut badan binasalah.  Oh baju-baju ku, AILEBIU so much   ... nanti dah kurus kita melekap bersama eh. Nak diettttttt .... elehhhh ... *sembang lebih* Hihihi.

Man Burger Kukus Lava di Saujana Utama.  No. 1 di Malaysia lain dari yang lain, katanya.  Dari 'main road' SU, nanti nampak KFC masuk ikut situ dan terus je, nanti nampak restoran ni sebelah kanan.  Very the boommm la tempat ni.  Bangga siot, sebab Tuan punya restoran si Man ni tersangat la muda orangnya.  Man dan isterinya sama-sama turun padang buat kerja di restoran dengan pekerja.  By the way, kat SU ni memang banyak tempat makan best-best. Ingat tak Set Ikan Siakap 3 rasa dan pengiringnya yang 'marvellous' itu? Itu kat Shida Tomyam.  Nak makan Bihun Goreng Tomyan, Maggi Tomyam dan Roti Nan sedap ada di Fareed. Nak makan Kerabu mangga, kerabu perut fresh dan segar ada di Emir Emira.  Kat sini ada Restoran Mak Tom, ada Marmalade Cafe, ada Mai Nasi Ayam dan banyak lagi.  Makanan kat SU ni meletop bukan main so tak heran la penduduk SU ni subur-subur eh.  Vitamin dan zat galian cukup kami ni. Hihihi.


13 comments:

  1. nasib baik jauh kat saujana utama sana..kalau dekat, memang saya terjah ini tempat..hihihi

    ReplyDelete
  2. saujana utama tu kat mana kakchik ella?dil nak buat list ni..nak terjah.....insya Allah cuti ni dil balik mesia jap...

    ReplyDelete
  3. amboiiiii kemain explain pasal lembut giler2 tu ea..hahaha

    ReplyDelete
  4. Amboihhhh kemain lagi jek? Okla, ok.. next taim kite blanje hahaha *tetiba* Betul tu kan KC, kat SU ni kemain banyak kedai makan yg best termasuklah Beger man ni. Daging dia memang best tul- sangat lembut dan paling penting JUICY okehhhh! Huhuu.. sikit hari lagi bam bam lah jawabnye den muahaha (tak tau nak nanges ke tawe haha)

    ReplyDelete
  5. Aduh...menggoda sungguh! Sos apa yang kaler hijau tu? wasabi ke?

    ReplyDelete
  6. Diet kc diet haha, bestnya detim2 mlm ditemani burger sedap

    ReplyDelete
  7. @ Kniedaz, tu mayonis versi ijo!! Hhihi

    ReplyDelete
  8. KC.. sedapnya beger..
    dh la tgh lapo nih!

    ReplyDelete
  9. @ ummi khalish, saujana utama tu kat sg buloh, dik

    ReplyDelete
  10. puasa mkn beger lg skang ni,...ehehe...diet! diet! baju2 dh ketat abes ni KC....huwaaaa

    ReplyDelete
  11. thanks yea sudi tetang burger kami,, kami cube Improve lgi servs dri mse kesemase

    ReplyDelete