Hello readerssss .. Good morning. Selamat hari Selasa. Moga-moga hari ni ceria. Readersssss .. i know most of you have the same hobby like me. Kita sama-sama suka baca novel, kan. Best kan melayan perasaan dalam dunia ciptaan Penulis. Sambil baca sambil bayangkan abang hensem, heroin cantik manis, lembah lembut, Bestnya alam percintaan dorang. Gaduh-gaduh pastu baik balik. Ujung-ujung ada Happy ending. Masa tu mula la pandang muka asben tangkap cintan. Tetiba nak cakap "Ailebiu" kat dia. Iskkkkk .. jangan. Kang dia cakap .. Apsal u tetiba? Hihihi.
Meh Misz-ella nak share one blog where you can read novel online. Misz-ella dah baca the hard copy up to Chapter 29. Best. Ada Aura which drag me to read from one chapter to another. Jom korang, join me. Kita baca dan enjoy sesama eh.
IZUREEN
Kondo
kecilku bergema dengan tangisanku. Sedih, sangat-sangat sedih. Kecewa kerana
hari ini Muaz sudah menjadi tunangan orang. Terkilan kerana Muaz langsung tidak
memaklumkan akan pertunangannya. Terkejut kerana Muaz bakal bersaudara dengan
Kak Rina. Tentu lebih rumit hendak melupakan Muaz selepas ini.
“Muazzzz!!!”
aku menjerit sekuat hati. Kenapa bukan aku yang kau pilih? Tidak cukupkah
layanan aku terhadapmu melambangkan perasaanku? Tidakkah engkau terfikir bahawa
setianya aku di sisimu kerana cintaku padamu. Ramai yang mahu menjadikan aku
kekasih, namun aku tolak kerana aku hanya mahu menjadi kekasihmu. Kau kejam
Muaz, sangat kejam. Sia-sia penantianku selama tujuh tahun. Tapi benarkah Muaz
yang kejam atau aku yang bodoh? Bodoh kerana silap mentafsir perasaannya
kepadaku. Dan bodoh kerana tidak pernah berterus terang kepadanya.
Aku
mahu pergi dari sini. Aku mahu lari dari perasaan sedih ini. Aku bangun,
mencapai beg pakaian dan memasukkan beberapa helai pakaian yang sempat ku
capai. Air mata terus melempah turut menitis ke atas pakaian yang ku sumbat ke
dalam beg. Sanggul di kepala aku rungkaikan. Sebaik melihat wajahku di cermin,
terngiang-ngiang suara Muaz memuji rambutku. Hati menjadi bertambah sakit.
Laciku tarik dan dengan tangan terketar-ketar aku keluarkan gunting. Rambutku
yang panjang mencecah pinggang menjadi mangsa kekecewaanku. Berguguran jatuh
rambut yang ku gunting ke lantai, seperti hatiku yang robek, berkecai-kecai
bagai serpihan kaca.
NAIM ZAKARIA
“Turun
ya. Pegang tangan saya”. Matanya kini beralih ke wajahku. Aku anggukkan kepala,
memujuk dalam diam. Perlahan-lahan dia
menghulurkan tangan kanannya. Aku capai pergelangan tangannya dan memegang
erat-erat.
“Hati-hati.
Licin ni” kataku. Perlahan-lahan dia bergerak. Kakinya yang tidak beralas
hampir mencecah batu tempat aku berdiri. Sebaik sahaja terkena air, keluar
jeritan kecil dari mulutnya. Mungkin terkejut dek kedinginan air sungai. Dia
mengangkat kakinya semula, kembali berpijak di bongkah besar.
“Jangan
takut, saya pegang” aku kuatkan pautan di pergelangan tangannya. Kakinya dihulurkan sekali lagi dengan
berhati-hati. Namun, dalam pada berhati-hati, dia tergelincir dan hampir
terjatuh. Cepat-cepat aku tangkap pinggangnya dengan tangan kiriku manakala
tangan kirinya berpaut pada bahuku. Aku lepaskan tangannya dan memaut
pinggangnya. Tangan kanannya yang sudah bebas hinggap di bahuku yang sebelah
lagi.
Kami
sama-sama terkedu. Mata kami bertatapan. Pertama kali aku dapat melihat matanya
dengan jarak yang amat dekat. Matanya bundar dan anak mata yang berwarna
cokelat itu pasti akan lebih cantik jika tidak dicemari dengan tangisan
melampau.
Dadaku
berdetak kencang. Sudah lama aku tidak bersentuhan dengan perempuan yang bukan
muhrimku. Kalau tidak kerana mahu menolong, pasti aku tidak akan memegang
tangannya. Masalahnya sekarang bukan setakat memegang, aku sedang memaut
pinggangnya agar dia tidak terjatuh dan tangannya sudah memaut leherku.
Nak tau lebih lanjut
kisah Izureen, Naim dan Muaz? Layari http://isma-adeliya.blogspot.com
wau...terus aja nak klik kat link tu KC...best pulak...
ReplyDeleteKejammm la kc ni share link novel online plak...kan dah terjebakk....hahahahaaa
ReplyDeletemiss u kakchik...
ReplyDeletejauh---------------