Pages - Menu

Raya Ke 4 - Kg Selabak, Sg Kerawai, Kg Air Hitam di Teluk Intan

Raya ke 4 ~ Awal pagi Mama, Abah, Adik dan Benno dah datang rumah bawak Nasi Lemak bersarapan di rumah Misz-ella. Harini kita mahu menziarah Adik beradik Abah dan Mama di Teluk Intan.  Haishhhh .. ramai orang pening kalau tengok famili besar Misz-ella ni, kan.

Misz-ella, my mom and my sista

My real father is from Kelantan. My step father is a Javanese from Kg. Selabak, Teluk Intan. 
My real mother is from Teluk Intan, Perak.  My step mother is a Johorean.

We were raised up in a very unique way.  We are so lucky for having such a big family dan sangat bertuah berpeluang merasai pengalaman seperti ini yang tak semua orang berpeluang merasainya. I seriously think those pengalaman that we had contributed a lot to our life and personality today. Agaknya sebab tu lah ramai orang cakap i ni Unik kot eh .. Hehe.

For me .. Setakat nak ngomong Jowo sikit-sikit tu i no hal.  Kalo demo nok ajok kawe kecek Kelate kawe buleh jah .. kalo dema nak ajak teman borak loghat Perak, teman tak ada masalah .. nak ajak kita sembang cara orang Johor, kita tak da hal. Tu pasal bila raya, kami akan berada di sini sana .. sebab famili kami sangat besar. Seboleh-bolehnya semua tempat kami nak pergi .. semua pakcik-makcik kesemua belah kami nak ziarah .. sebab tu kadang-kadang kami akan berada di sesuatu tempat itu untuk tempoh yang singkat .. tak boleh lama-lama tapi kami tak kesah sebab the most important thing is hajat kami untuk spend quality time with them terlaksana.

Rumah Pertama di Kg Selabak, Teluk Intan .. Rumah Pak Cu adik Abah.  Ini lah rumah kami akan balik raya tiap-tiap tahun masa kami kecik dulu.  Kat sini lah kami berpeluang merasai gaya hidup masyarakat Jawa. Setakat makan Nasi Ambang setalam 5 orang, Kenduri Bubur Merah Putih untuk sesuatu acara istimewa .. semua tu biasa pada kami.

Dulu masa kami kecik, selepas Subuh pagi raya rumah Arwah Embah ni akan didatangi Jiran-jiran sekeliling membawa sedulang makanan.  Lepas tu kami akan memulakan aktiviti berbalas-balasan hidangan. Meriah!

Kat rumah Pak Cu, habis kueh raya dia yang sedap-sedap jadi mangsa 'tummy' kami. Sedapnya la hai kueh raya dia sampai Amir Izzat anak KY habiskan sebalang sorang. Makan pulak dengan Air Oren kurang manis, makin laju la kan ... makin hepi la our little tummy.  Borak-borak sembang gelak dan rupa-rupanya Pak Cu pembaca setia blog Dari Jari-Jari Halusku ini .. dia kata dah lama dia jadi "Silent Reader" blog anak sedara dia ni. Baca je. Tak pernah komen. Terlalu bagus sampai tak ada apa nak komen. Alalala .. malu siot sebab Pak Cu i ni Cikgu. Bila Cikgu bagi markah penuh, speechless la i, kan. Tehehehe. By the way, TQ Pak Cu for your support on Dari Jari-Jari Halusku. I appreciate every single click. Time Kasih eh.

Lepas tu kita raya rumah Makcik Jah.  Sayang Pakcik Lan dan Wak Saripah tak da rumah .. kalau tak lagi la bertambah meriah.  

Lepas tu kami pergi rumah Chik, kakak Mama yang lokasi rumahnya berhadapan dengan rumah Pak Cu.  Ya Allah meriahnya bila jumpa sepupu-sepupu disini. Sapa orang Perak? Setuju tak kalau Misz-ella cakap orang Perak ni riuh rendah? Kalau berjumpa, MasyaAllah riuhnya macam nak terbalik bumbung rumah.  Kat rumah Chik pun kitorang enjoy makan kueh raya.  Ekceli Misz-ella dah jemu dengan kue raya moden yang cantik dan kononnya sedap gila so bila balik kampung jumpa kueh-kueh raya lama macam Sarang Semut, Cornflakes Tradisional, Biskut Kelapa .. Walaweihhh .. nikmatnya tak terkata. Tak sedar 3,4 ketoi sekali telan. Ish Ish Ishh .. memang dasar suka menternak lemak, kan.

Rumah ke 4 adalah rumah Embah Batu 4 juga di Kg Selabak.  My father ada 2 orang emak .. so since Embah disini masih ada maka adalah kewajipan anak cucu untuk mengunjungi orang yang lebih tua dan seperti biasa .. aktiviti makan kueh raya tradisi diteruskan lagi.  Bukan main dorang bedal kue Sagon, kue putu kacang, Rempeyek Jawa dan lain-lain lagi. Sedap kan .. kat Kolumpo mana ada kueh special camtu, kan.

Lepas tu kami ke Sungai Kerawai menziarah rumah Makcik Zizah adik Abah.  Makcik Zizah adalah makcik yang sangat istimewa di hati kami sebab masa kecik dulu, Makcik Zizah pernah jaga kitorang.  Kat rumah Makcik Zizah ni pun kemeriahannya boleh tahan. Agaknya kan, kitorang ni campak kat mana-mana pun memang tetap akan meriah. Tempat sunyi sepi pun kami boleh tukar jadi 'happening'. Kami kan "The Hip Hop Family" .. kalau orang tak tahan .. boleh jadi "headpening". Tehehehe. Tapi jangan risau .. kitorang OK .. tersangat lah OK .. its just that 'gila-gila' kami ni memang boleh turn your life dari senyap jadi riuh .. dari sedih boleh senyum .. dari mula nak senyum jer at last ketawa besar. Haha.

Dah kenyang makan Mee Kari di rumah Makcik Zizah, kami pergi ke Kg Air Hitam, Teluk Intan untuk beraya di rumah Mak Su Nor, adik Abah.  Mak Su Nor ni kakak kepada Pak Cu.

Baju Pink tu Mak Su Nor. Kat sini kami makan Ikan Talapia Hitam yang dibuat 'pais' dicicah Kicap yang rasanya MasyaAllah tersangatlah sedap.  Tak pernah Misz-ella jumpa Ikan Talapia yang isinya manis dan sangat sedap macamtu. Dalam kata nak rasa jer .. sampai dua ekor Misz-ella makan. Ish .. sungguh tak sopan, kan. Tehehehe.


Bila budak bandar masuk desa, ada jer akal korang yer ..

Thanks Pak Cu, Makcik Jah, Cik, Embah, Makcik Zizah, Mak Su Nor & Pakcik Mokhtar kerana sudi menerima kedatangan kami.  Raya kat Teluk Intan pun meriahlah!! Best!

Dah kenyang, dah sembang, dah kait rambutan dan dapat cempedak untuk dibawak pulang ke rumah, kami pun beransur pulang.  Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan hidup yang sangat indah. Rezeki Allah SWT .. Allah kan pemurah .. Dia bagi rezeki kat kita dengan berbagai cara dan keluarga besar kami ini adalah salah satu darinya.  Alhamdulillah. Ok dah.  Sekian Entry Berhari Raya dengan Adik beradik saya buat Kenangan Hari Tua nanti. Misz-ella nak gi buat kerja lain.  TQ baca. Bye.

Raya ke 2 - Segamat dan Rembau

Petang Raya Pertama, Misz-ella dan adik beradik Ber konvoi pulang ke Segamat untuk Berhari raya dengan Mama Ida dan adik beradik di sana.





Juadah Raya Mama Ida ~ Ayam Masak Merah, Semur Ayam, Kuah Lodeh, Sambal Kacang, Lemang dan Nasi Impit. Wahhh .. bukan main lagi 'happy' ye kau 'tummy'.. Dari pagi sampai malam makan yang sedap-sedap.

Seronok balik sini. Mama Ida, walaupun dia mak tiri kami tapi kami sayang dia macam mak sendiri. Wajib jumpa dia di Hari Raya even Arwah Abah dah tak da. Meriah, riuh rendah rumah Mama Ida. Misz-ella dan yang lain-lain tidur jam 2 pagi. Seronok borak, makan, minum, gelak. Punya la lena Misz-ella tidur sampai harus dikejut oleh Mama Ida dan KY keesokan pagi. 

Pagi Raya ke 2 di rumah Mama Ida.  Cadangnya nak gerak awal pagi. Hurmmmmm ..  cadangnya je lah .. sebab kat Segamat cuaca pagi sangat best.  Very cooling, breezing buat kami rasa melepak adalah sangat best di sini. Rasa nak sambung tidur jer. Haha.

Dalam hidup saya, saya cuma ada seorang kakak dan dia adalah Zaimah Binti Ismail. Dia la satu-satunya kakak saya dunia akhirat.  Thanks Sis for being a wonderful sister for me. I love you very much, Sis.

We are the SUPER SISTERS!!

Selamat Hari Raya dari Misz-ella, adik saya Aishah dan kakak saya Zaimah.

 From Segamat with Love
We love you Mama Ida

Beramai-ramai menziarah Pusara Arwah Abah. Moga Arwah Abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. We Miss You Abah.


On the way back, kami singgah Kg. Bongek, Rembau rumah Sepupu Abang Ipar Misz-ella. We have been to this house for many years .. since Arwah Mak Long masih ada. 



Makan tengahari ramai-ramai. Nasi Putih berlaukkan Ikan Keli Cili Padi, Rendang Daging Negeri Sembilan, Kari Ayam, Telur Dadar dan Sayur Campur. Alhamdulillah.

The Lovely Ateh and Family.  Terima Kasih banyak-banyak.  We had a great time here. The people are good, the food are delicious .. Alhamdulillah untuk sebuah ukhuwah yang sangat indah.

I love Kids.  Budak-budak ni comellah.  Sebelum balik kita salam. Dah salam yang pakai tudung tu kata .. Nak cium. Nak cium!! Lepas bagi dia cium kita yang lain-lain pun nak jugak. Alalala .. so comel. Family Ateh ni kan, Dari yang berpangkat Wan sampai la ke cucu-cucu .. all are so warmth and happening.  Meriah beb raya kat sini.


Keriangan Raya berterusan. Kids queuing for Duit Raya. They enjoy receiving it .. we enjoy giving it.

We had a great moment on First and Second Hari Raya.  Baik di Sungai Buloh, di Segamat mahupun di Kg Bongek, we enjoy our quality time spend together.  Even perjalanan pulang ke Sungai Buloh mengambil masa 4 jam dari Rembau kerana Highway sangat jem, it is still worth it.  

Raya ke 3 di Sungai Buloh jer. Rehat sekejap sebelum sambung Raya seterusnya .. lepas ni nak ziarah adik beradik Mama dan Abah di Teluk Intan .. nak gi rumah Pak Long kat Melaka .. nak ziarah sepupu di KL.  Minggu depan nak balik rumah Mertua dan nak ziarah sedara mara belah Abah sekitar KL ni.

Selamat Hari Raya kawan-kawan. I hope raya you all pun meriah.  Dalam kemeriahan berhari raya, harap you all tak membazir ye. Harap you all dapat amalkan konsep Bersederhana di Hari Raya. Bersederhana tanpa mengabaikan kemeriahannya. Buat yang lain-lain .. Happy Holiday.  Enjoy every moment spend with your love one. BYE.




Hari RayaAidilfitri 2014 ..




Juadah pagi Raya Aidilfitri 2014 - Misz-ella masak Nasi Impit, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang dan Agar-agar Pandan. Letih masak sorang-sorang di rumah sendiri dan tidur hampir jam 2 pagi tapi mak tersangatlahhh hepi. Tak terkata hepinya sampai lupa penat lelah segala. Alhamdulillah .. diberi kekuatan untuk berbakti kepada Famili kecik saya ni.


Lepas Solat Hari Raya, kami bergerak ke rumah Mama di Sungai Buloh. Tak sabar nak beraya dengan adik beradik kat sana. Yipppieeeeee ..


Mama love you so much, Aiman.

Acara Wajib di Pagi Raya.  This year penuh Kejutan .. Alif Hakeem mintak ampun maaf dari Opah dan Atuk siap berpantun bagai .. Mukriz yang kecik mintak maaf dari Opah dan Atuk penuh penghayatan .. menangis tak terkata .. hanya mampu memeluk Opahnya sahaja *sobs* 

Anak-anak buah dengan Uncle Benno yang 'happening' .. Jangan terkejut tengok Juadah raya kitorang dihidang dalam 'tipuware' sahaja ye sebab itu juadah dari 4 buah rumah .. 6 jenis lauk pauk semuanya.  Raya kitorang memang meriahlah!

A piece of photo from the whole family.  Selamat Hari Raya Aidilfitri Blog readers .. dari Misz-ella dan semua-semua di dalam Gambar ini.  Take Care. Enjoy your Raya. Have a good holiday. Bye.

Dove ~ Serlahkan Dirimu Dalam 14 Hari

Hello Readers ..

Peminat-peminat tegar Contest .. ada Berita Baik untuk anda semua.

Dove sebuah syarikat rangkaian lengkap penjagaan rambut yang tak perlu Misz-ella kenalkan lagi sekarang sedang menganjurkan Pertandingan Dover ~ Serlahkan Dirimu Dalam 14 Hari. Sebuah pertandingan yang mudah, menarik, sangat mengujakan dan sangat mencuit hati.  Misz-ella sendiri sedang menyertai Pertandingan ini sebab ianya sangat senang, sangat mudah, sangat menggoda dan sangat buat saya teruja. 

Come lets read more and more and chekidauut why Misz-ella sangat teruja dan mahu menyertai Contest ini.






Yeszzz .. bertemakan Bebas daripada rambut gugur, kini mahkota kembali berseri .. Dove menganjurkan pertandingan dimana setiap peserta dikehendaki mengikuti program ini selama 14 hari berturut-turut melalui akaun Facebook anda.

Bermula dari hari pertama Misz-ella mendaftarkan diri, hari-hari berikutnya adalah sangat mengujakan kerana tiap-tiap hari setiap peserta akan diberi 'task' yang berbeza selama 14 hari. Ini sangat mengujakan dimana setiap hari perkara pertama yang akan Misz-ella buat ialah Login akaun FB dan Jom tengok harini Dove nak suruh saya buat apa. Dan tiap kali menjenguknya hati berkata WOW !! Best!! 

Jangan bimbang kerana setiap 'task' yang diberikan adalah berkaitan dengan diri kita sendiri. Kita hanya perlu ambil gambar secara 'Selfie' dan post di Laman FB milik Dove dimana sebaik sahaja anda mendaftarkan diri, anda akan mempunyai Galeri anda sendiri disini.  You can post your Selfie's photo here  according to the task given, you can view it as you wish and upon completion of the 14 days task, a digital video will be created for you. Dan kalau tak mau Selfie, kita juga diberi peluang untuk menulis Caption.  Wahhh .. best, kan.



Ye .. Beginilah cara-cara menyertainya .. Jangan bimbang tentang apa yang perlu dilakukan kerana ianya sangat mudah. Kalau susah Misz-ella pun tak nak join, kan. Haha.




Antara gambar yang Misz-ella gunakan untuk Dove ~ Serlahkan Dirimu Contest ..

Dan semestinya lah dalam sebuah pertandingan, Hadiah adalah yang paling sangat mengujakan .... 




So readers, buat yang berminat, apa lagi jom ikut jejak langkah Misz-ella dengan sama-sama mendaftarkan diri di sini.

Atau layari Facebook Page Dove di sini.


Hidup Dengan Lebih Baik



Jumaat akhir di Bulan Ramadhan 2014
Makin dekat nak Raya makin sebak dada.
Tapi emosi jangan kita layan. Means .. jangan terlalu ikut perasaan.

Jumaat akhir Ramadhan 2014 ..
Hari ni Misz-ella busy lepas Sahur tak boleh nak tidur lagi .. to many things need to be done.
Hari ni Misz-ella nak bayar gaji Staff.
Hari ni Misz-ella nak buat Inventory.
Hari ni Misz-ella nak pergi Post office.
Hari ni Misz-ella nak bawak Aiman gi shopping Baju Melayu Raya. 
Dah dapat baju dia baru i will think about me.
Hari ni banyak benda Misz-ella nak buat 'post mortem' dan muhasabah diri.
Hari ni Aiman bersahur dengan berselera sekali. Rindu airtangan Mama ye Aiman? We miss each other ... walau baru seminggu macam lama je kita tak jumpa, kan.

Bermula malam ni, orang bandar dah mula balik kampung .. maka kesibukan jalan raya pun bermula. Hati-hati di Jalan raya. Toksah gaduh toksah 'rush' toksah stress .. tak berbaloi bergaduh sebab Raya. Bawak kereta rilek-rilek eh. Kalau penat rehat. Kalau ngantuk berhenti.

For me and family, kitorang macam biasa .. nak sambut raya 'cool' je .. tak gaduh tak kecoh tak 'rush-rush'. Rilek aa .. Raya lambat lagi beb. Haha .. perangai Misz-ella .. lagi dua hari nak Raya baju Raya tak da pun rilek .. rumah tak kemas pun rilek.  Aku malas nak stress-stress .. nanti hormon stress 'activated' maka cepat la kita al-tua, kan. Buat apa pening-pening .. this life is so much fun if you handle with care. I jaga my hati so much tak nak stress tak nak hurt so apa pun yang datang aku OK jer ~ 'Hadapi Dengan Cool Dan Senyuman'. Yang penting, kue raya untuk tiga rumah dah beli, ayam daging untuk merendang dah ada dalam peti. Pukul 10 malam hari Ahad kita start .. pukul 12 malam kita siap. Lepas tu kita kemas dan 'boooommmm' masuk tido. Pagi raya kita bangun bersiap sarapan gi Solat lepas tu baru kita balik rumah Mama Misz-ella kt Sg. Buloh. Lepas Zohor kita ke rumah Mama Ida kat Segamat. Lepas tu kita bla .. bla .. bla .. 

Selamat Hari Raya kawan-kawan. 
Maaf andai awak terluka kerana saya tanpa saya sengaja.

Looking backwards, apa pun yang terjadi semalam, kelmarin dan hari ini .. marilah kita Hidup Dengan Lebih Baik selepas ini.
Kalau semalam kita benci dia .. mulai hari ni kita cuba kurangkan rasa benci. Pelan-pelan kita singkirkan benci tu dari hati.
Kalau semalam kita marah .. harini try to tune down the anger.
Kalau semalam kita sedih .. harini kita senyumlah seindah Sang Suria.
Kalau semalam masakan kita masin .. harini kita try make it secukup rasa.
Kalau semalam kita bad mood .. harini kita boost our mood to happy-happy and ceria.
Kalau semalam kita emosional .. harini kita be rasional.

Hidup ini Indah. Life is full with challenges and fun. Handle with care, OK.




Membaca. Ayam Penyet Express. Ngopi sampai pagi.


Masa on the way to JPO .. bukan main banyak suratkhabar En. Shukri beli. Bila tengok suratkhabar banyak camni teringat Arwah Abah. Arwah Abah baca newspaper wall to wall .. sampai iklan dia khatam.  Hurmmm .. biar tak berpendidikan tinggi .. tapi ilmu penuh di dada kerana membaca.  I Miss Arwah Abah. Moga Arwah Abah dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan para Syuhada. Amin.  

Buka puasa di Ayam Penyet Express, KL Sentral.  Ikan Bawal tu keras sangat sampai tak boleh makan guna sudu garfu. Guna tangan pun macam nak patah kuku jari. Bila gigit krap krup krap krup ni ikan goreng ke keropok keras ni? Manis ikan tak rasa .. terasa sungguh tak fresh ikannya. Dah berapa hari punya ikan korang 'recycle' ni? Tak patut .. sangat tak patut.

Senyum di muka menangis di hati. Tak pe la orang buat kita. Kita jangan balas perbuatan dia. Mohon doa banyak-banyak supaya kita kuat dan kuat lagi. Habis cerita. Sedih sebab orang terlalu Ego takmau mintak maaf even dah terang-terang kau salah. I will always remember .. Orang Ego selalu rugi sebab ego takkan bawak kita ke mana-mana melainkan KERUGIAN jugak akhirnya.

Masih sedih keesokan hari tapi tetap nak gila-gilakan diri. Habis sume clip rambut kat Chamelon i try. Sepit sana sepit sini berwarna warni. Hepi.  My staff kata i sangat unik dan happening.  Akak staff booth sebelah kata Misz-ella ada banyak Aura yang boleh buat orang sekelilingnya hepi. Hepi ye korang bila dengan i? Alhamdulillah .. buat orang gembira itu jugak satu Ibadah. I pun hepi gak bila korang hepi. Hidup tak boleh SELFISH, kan.  Dont only think of ourselves must think of others too, OK.

Teman my staff jalan-jalan. Farah want to buy Raya shoes for her mom. Bagus anak-anak zaman sekarang tengok kasut raya mak tak da, tak payah suruh .. terus dia belikan untuk mak dia. Sejuk perut ibu ngandungkan kau dik.

My girlfren Umi .. one of the prominent artist in Malaysia. Bukan artis tunjuk bakat kat layar pentas tapi artist tepuk tanah liat dan main cat-cat. Umi banyak show menjelang akhir tahun ni. Dalam sibuk stress-stress buat artwork sempat lari untuk Sessi Ngopi Larut Malam dengan kami.

 Geng Ngopi larut malam at Puncak Alam.

Gila lagi. Baik Misz-ella, baik Umi baik Milli ..  kami tak tidur sampai pagi sebab balik rumah sambung sembang kat Whatsapp lagi dan Misz-ella tak bangun sahur sebab mata tak larat tak boleh bangun nak tido lagi.

Pengajaran dari Entry ini ~ Sila riangkan diri even dalam hati ada macam-macam rasa. Tak caya? Cuba tanya kawan-kawan saya dalam Entry ni.  Dorang pun stress .. stress kerja, stress dengan persekitaran, stress dengan ragam dan karenah manusia yang tiada akhirnya .. tapi tengok kitorang .. despite all the stress, we still smile laugh happy-happy.  Gila hepi sembang ngopi sampai takmo balik. Sib baik tok laki kat rumah sporting eh .. molek sungguh la tu .. tok laki gi Solat Tarawih demo ngopi sampai pagi. Hahaha.  Sekali sekala boleh la .. takda makna nya nak selalu-selalu macam ni. Banyak kerja lain weih.

Ok bai. Lagi beberapa hari nak Raya. Feeling Misz-ella biasa-biasa je. Tak da langsir baru, tak tempah baju kat tailor .. sejak kebelakangan ni kami bersederhana dalam semua segi. Dulu, asal nak raya je pikir langsir, pikir perabot, beria-ia .. berhabis duit pun tak pe. Tapi sejak dah tua ni .. Alhamdulillah benda-benda camni dah boleh control. BERSEDERHANA. JANGAN OVER.

Ok bai. Kali ni betul-betul bai @ bye. Tq baca ye kawan-kawan ..