Pages - Menu

Hidup Dengan Lebih Baik



Jumaat akhir di Bulan Ramadhan 2014
Makin dekat nak Raya makin sebak dada.
Tapi emosi jangan kita layan. Means .. jangan terlalu ikut perasaan.

Jumaat akhir Ramadhan 2014 ..
Hari ni Misz-ella busy lepas Sahur tak boleh nak tidur lagi .. to many things need to be done.
Hari ni Misz-ella nak bayar gaji Staff.
Hari ni Misz-ella nak buat Inventory.
Hari ni Misz-ella nak pergi Post office.
Hari ni Misz-ella nak bawak Aiman gi shopping Baju Melayu Raya. 
Dah dapat baju dia baru i will think about me.
Hari ni banyak benda Misz-ella nak buat 'post mortem' dan muhasabah diri.
Hari ni Aiman bersahur dengan berselera sekali. Rindu airtangan Mama ye Aiman? We miss each other ... walau baru seminggu macam lama je kita tak jumpa, kan.

Bermula malam ni, orang bandar dah mula balik kampung .. maka kesibukan jalan raya pun bermula. Hati-hati di Jalan raya. Toksah gaduh toksah 'rush' toksah stress .. tak berbaloi bergaduh sebab Raya. Bawak kereta rilek-rilek eh. Kalau penat rehat. Kalau ngantuk berhenti.

For me and family, kitorang macam biasa .. nak sambut raya 'cool' je .. tak gaduh tak kecoh tak 'rush-rush'. Rilek aa .. Raya lambat lagi beb. Haha .. perangai Misz-ella .. lagi dua hari nak Raya baju Raya tak da pun rilek .. rumah tak kemas pun rilek.  Aku malas nak stress-stress .. nanti hormon stress 'activated' maka cepat la kita al-tua, kan. Buat apa pening-pening .. this life is so much fun if you handle with care. I jaga my hati so much tak nak stress tak nak hurt so apa pun yang datang aku OK jer ~ 'Hadapi Dengan Cool Dan Senyuman'. Yang penting, kue raya untuk tiga rumah dah beli, ayam daging untuk merendang dah ada dalam peti. Pukul 10 malam hari Ahad kita start .. pukul 12 malam kita siap. Lepas tu kita kemas dan 'boooommmm' masuk tido. Pagi raya kita bangun bersiap sarapan gi Solat lepas tu baru kita balik rumah Mama Misz-ella kt Sg. Buloh. Lepas Zohor kita ke rumah Mama Ida kat Segamat. Lepas tu kita bla .. bla .. bla .. 

Selamat Hari Raya kawan-kawan. 
Maaf andai awak terluka kerana saya tanpa saya sengaja.

Looking backwards, apa pun yang terjadi semalam, kelmarin dan hari ini .. marilah kita Hidup Dengan Lebih Baik selepas ini.
Kalau semalam kita benci dia .. mulai hari ni kita cuba kurangkan rasa benci. Pelan-pelan kita singkirkan benci tu dari hati.
Kalau semalam kita marah .. harini try to tune down the anger.
Kalau semalam kita sedih .. harini kita senyumlah seindah Sang Suria.
Kalau semalam masakan kita masin .. harini kita try make it secukup rasa.
Kalau semalam kita bad mood .. harini kita boost our mood to happy-happy and ceria.
Kalau semalam kita emosional .. harini kita be rasional.

Hidup ini Indah. Life is full with challenges and fun. Handle with care, OK.




3 comments:

  1. Samalah dengan ai..
    Malas nak serabutkan kepala.. tau banyak menda tak siap lagi tapi sebab petang raya nanti baru balik selatan jadi boleh rileks santai lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. SALAM AIDILFITRI KC ;)
    LOVE U

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidilfitri KC maaf zahir dan batin. Comey...

    ReplyDelete