Pages - Menu

Membaca. Ayam Penyet Express. Ngopi sampai pagi.


Masa on the way to JPO .. bukan main banyak suratkhabar En. Shukri beli. Bila tengok suratkhabar banyak camni teringat Arwah Abah. Arwah Abah baca newspaper wall to wall .. sampai iklan dia khatam.  Hurmmm .. biar tak berpendidikan tinggi .. tapi ilmu penuh di dada kerana membaca.  I Miss Arwah Abah. Moga Arwah Abah dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan para Syuhada. Amin.  

Buka puasa di Ayam Penyet Express, KL Sentral.  Ikan Bawal tu keras sangat sampai tak boleh makan guna sudu garfu. Guna tangan pun macam nak patah kuku jari. Bila gigit krap krup krap krup ni ikan goreng ke keropok keras ni? Manis ikan tak rasa .. terasa sungguh tak fresh ikannya. Dah berapa hari punya ikan korang 'recycle' ni? Tak patut .. sangat tak patut.

Senyum di muka menangis di hati. Tak pe la orang buat kita. Kita jangan balas perbuatan dia. Mohon doa banyak-banyak supaya kita kuat dan kuat lagi. Habis cerita. Sedih sebab orang terlalu Ego takmau mintak maaf even dah terang-terang kau salah. I will always remember .. Orang Ego selalu rugi sebab ego takkan bawak kita ke mana-mana melainkan KERUGIAN jugak akhirnya.

Masih sedih keesokan hari tapi tetap nak gila-gilakan diri. Habis sume clip rambut kat Chamelon i try. Sepit sana sepit sini berwarna warni. Hepi.  My staff kata i sangat unik dan happening.  Akak staff booth sebelah kata Misz-ella ada banyak Aura yang boleh buat orang sekelilingnya hepi. Hepi ye korang bila dengan i? Alhamdulillah .. buat orang gembira itu jugak satu Ibadah. I pun hepi gak bila korang hepi. Hidup tak boleh SELFISH, kan.  Dont only think of ourselves must think of others too, OK.

Teman my staff jalan-jalan. Farah want to buy Raya shoes for her mom. Bagus anak-anak zaman sekarang tengok kasut raya mak tak da, tak payah suruh .. terus dia belikan untuk mak dia. Sejuk perut ibu ngandungkan kau dik.

My girlfren Umi .. one of the prominent artist in Malaysia. Bukan artis tunjuk bakat kat layar pentas tapi artist tepuk tanah liat dan main cat-cat. Umi banyak show menjelang akhir tahun ni. Dalam sibuk stress-stress buat artwork sempat lari untuk Sessi Ngopi Larut Malam dengan kami.

 Geng Ngopi larut malam at Puncak Alam.

Gila lagi. Baik Misz-ella, baik Umi baik Milli ..  kami tak tidur sampai pagi sebab balik rumah sambung sembang kat Whatsapp lagi dan Misz-ella tak bangun sahur sebab mata tak larat tak boleh bangun nak tido lagi.

Pengajaran dari Entry ini ~ Sila riangkan diri even dalam hati ada macam-macam rasa. Tak caya? Cuba tanya kawan-kawan saya dalam Entry ni.  Dorang pun stress .. stress kerja, stress dengan persekitaran, stress dengan ragam dan karenah manusia yang tiada akhirnya .. tapi tengok kitorang .. despite all the stress, we still smile laugh happy-happy.  Gila hepi sembang ngopi sampai takmo balik. Sib baik tok laki kat rumah sporting eh .. molek sungguh la tu .. tok laki gi Solat Tarawih demo ngopi sampai pagi. Hahaha.  Sekali sekala boleh la .. takda makna nya nak selalu-selalu macam ni. Banyak kerja lain weih.

Ok bai. Lagi beberapa hari nak Raya. Feeling Misz-ella biasa-biasa je. Tak da langsir baru, tak tempah baju kat tailor .. sejak kebelakangan ni kami bersederhana dalam semua segi. Dulu, asal nak raya je pikir langsir, pikir perabot, beria-ia .. berhabis duit pun tak pe. Tapi sejak dah tua ni .. Alhamdulillah benda-benda camni dah boleh control. BERSEDERHANA. JANGAN OVER.

Ok bai. Kali ni betul-betul bai @ bye. Tq baca ye kawan-kawan ..


2 comments:

  1. alamak, baru nak try ayam penyet kat situ. masa singgah tu ari kedai kata ayam dah abis, huhu

    ReplyDelete
  2. salam kak misz ella...sya teringin btol nk jumpe akak...bile baca blog akak terasa dekat sgt dgn akak...

    ReplyDelete