Bermula dari penghujung Ramadahan sampai la sekarang, Misz-ella like so enjoy dapat masuk dapur. Nak sampai Raya ke 7 je, Rendang Daging dekat 2kg yang Misz-ella masak dah habis. Ayam Masak Merah 3 ekor (2 round i masak) pun habis .. sikit tak berbuang. Masa Raya Pertama, Misz-ella bawak Ayam Masak Merah ke rumah Mama. Mama cakap sedap. Lepas tu nak pergi rumah Pak Long kat Melaka, Mama pesan suruh buat lagi .. kita berkelah di rumah Pak Long kat sana. Makanya ber kungfu silat taichi la Misz-ella mengerjakan Ayam Masak Merah sorang-sorang kat dapur. Tak kesah .. Masak is Therapy. Setiap hidangan dimasak dengan kasih sayang, mesti sedap, kan. Tapi kalau kau masak sambil lewa dan rasa terpaksa, alamat your cooking mesti rasa macam ada yang tak kena. Betul tak?
Sehari sebelum Raya, Misz-ella dah 'top up' Peti Ais. Beli Mutton, beli Salmon, beli Perut, beli macam-macam lagi lah. Bukan apa .. takut nanti balik dari Beraya badan penat mula la 'bad mood' tengok peti ais kosong maka mula la cari alasan makan luar, kan. Lagipun itu kebiasaan, sebelum raya mesti penuhkan Peti Ais dulu dan haritu .. Misz-ella masak Kari Ikan Salmon. Ya Ampun sedapnya Ikan Salmon ni dibuat Kari. Isinya lembut dan manis tapi harganya ... Ermmm .. boleh la tahan. Rasanyakan, Orang Puteh nangis tengok lauk ni sebab dorang tau Salmon ni grill jer .. mana reti nak ber spice-spice kan camni, kan.
Lamb Chop ~ Seperti biasa, Rempah Perapnya Misz-ella jual. Kalau nak sila Whatsapp me kat sini .. 0166223138. Misz-ella akan poskan dengan segera. Sedap tau. Sedap sangat rempah perap ni.
Asam Pedas Ikan Siakap. Famili Misz-ella kecik je. Seekor Siakap dah cukup dah. Lagipun Misz-ella tak suka carry forward lauk tenghari ke malam or lauk malam ke siang. Lebih suka sekali hadap, habis. Kang nak makan lagi i masak lain.
Sambal Goreng Jawa ~ Suka sangat makan ni. Tempe, Tahu, Kentang hiris nipis dan goreng. Tumis bawang putih, cili kering digunting-gunting dan halia, masukkan perut lembu yang dah direbus dan di hiris nipis. Masukkan kicap manis, garam secukup rasa lepas tu masukkan balik tempe, tahu, kentang yang dah digoreng tu tambah pulak dengan suhun dan fucuk tu. Kacau-kacau gaul sampai kering. Ratah pun sedap.
Minggu ni last la nak main masak-masak. Minggu depan my Darling Aiman dah balik Asrama. Keboringan lah Misz-ella tak da geng nak makan maka akan selalu la dapat pesanan "Mama Jangan Lupa Makan Tau" dari Aiman. Ermmm .. OK. Tu je nak 'share' kat sini. Korang kalau boring tak tau nak masak apa cuba lah lauk pauk biasa-biasa Misz-ella ni ye. Tq baca. Bye.
sedap nyer sambal jawa!!
ReplyDeleteSedapnya tgk smbl goreng tu siap ada perut lagi. Mak sedara LM pun buat letak perut. Kdg2 tu cedok perut byk2 pilih perut dulu
ReplyDelete