Pages - Menu

Semalam Yang Menguatkan

Adakalanya, telah berlaku kejadian-kejadian dalam hidup kita yang merubah personaliti kita. 

Kalau dulu kita lemah, sentiasa berharap dan bergantung pada yang lain, sekarang kita lebih kuat.

Kalau dulu kita lembik sekarang kita lebih gagah dan 'tough'.

Perubahan-perubahan positif tu kalau kita dapat, Alhamdulillah tapi seandainya dugaan dan kejadian itu makin melemahkan serta menjatuhkan, maka bangkitlah wahai kawan.

Jangan terlalu berharap kerana kau nanti bakal dikecewakan.
Jangan bergantung pada dahan yang belum tentu kukuh  kerana andai jatuh, kau akan merana akibat sakitnya. Kau akan terasa pedih lukanya sampai bila-bila.

Kejadian semalam tu biarlah menguatkan. Jangan menjatuhkan atau melemahkan.

Sekian. Entry penyuntik semangat buat awak yang kecewa. Bye.


4 comments: