Pengacara Majlis adalah Misz-ella. Dup dap dup dap bunyi jantung. Walau bukan kali pertama jadi pengacara, 'nervous' tetap ada. Thank You to my lady boss and my colleagues for the trust. Terima Kasih banyak-banyak sebab bagi semangat, galakan dan dorongan.
Dewan Sultan Ibrahim, UTHM penuh, Alhamdulillah. Business associates, industri-industri, para ahli akademik dari Universiti-universiti lain turut datang bagi sokongan.
Upacara 'greet and meet' dengan industri 'oil and gas' sempena pentauliahan UTHM sebagai sub-centre 'City & Guilds (UK). Think Plus Consulting bekerjasama dengan UTHM dalam meningkatkan lagi taraf industri pendidikan negara apabila kedua-duanya diberi pentaulihan untuk menjalankan IVQ Level 3 Advance Diploma in Oil & Gas Operations dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di Asia yang diberi mandat oleh pihak City & Guilds UK untuk menjalankan IVQ Level 3 Advance Diploma in Oil & Gas Operations dalam 4 bidang serentak ~ Mechanical Maintenance Technician, Electrical Maintenance Technician, Instrumentation Maintenance Technician dan Process Technician.
Pembentangan lanjut berkenaan IVQ Level 3 Advance Diploma in Oil & Gas Operations oleh Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, Pengarah Urusan Think Plus Consulting Sdn Bhd.
Saat-saat bersejarah - Y Bhg Professor Datuk Dr. Mohd Noh Bin Dalimin, Naib Cancellor UTHM, Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan, Pengarah Urusan Think Plus Consulting, Professor Madya Dr. Ishak Bin Baba, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan, UTHM, Encik Mohd Yazid Ja'afar Ketua Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation dan Mr. Au Yong Soon Kok General Manager of City & Guilds ASEAN di atas pentas
Ambil gambar sekejap jom
Sehari sebelum Majlis kami sudah berada di UTHM. Yeayyy .. mari kita buat kerja. Working is everywhere .. atas pentas Dewan Sultan Ibrahim ni pun saya boleh duduk bersila. As long as my work done, I am one happy person. Life is Easy .. Dont make it Complicated. Editing my MC script .. Thanks so much to the Faculty team yang banyak membantu.
Rumah Tamu UTHM tempat penginapan kami berlima. Luas dan selesa. Misz-ella tidur tersangatlah lena bagaikan 'Sleeping Beauty' lepas tu bangun pukul 5 pagi hantar email sana sini. Hehehe.
OK dah selesai satu Misi disini. Back to KL, I have another task today and tomorrow. Bekerja lah kita selagi boleh ye. Untuk tambah ilmu pengetahuan, untuk cari rezeki, untuk perbaiki diri sendiri. Bekerjalah dengan ikhlas sebab setiap keikhlasan Allah SWT akan beri ganjaran. In Sha Allah. Tiap pengalaman adalah sangat berharga. Its priceless .. tak boleh dibeli walau dengan Wang Berjuta. OK bye readers. Thanks baca. Bye.
No comments:
Post a Comment