Pages - Menu

Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua

Hello readers ..




Entry kali ni best. Well .. entry tentang cinta mana pernah tak best, betul tak? Ini ialah cerita tentang Kisah Cinta dua insan berlainan bangsa dan benua ~ Nur Asyikin Rahmat dan suaminya Haji Ishaq Tang Guo Hua yang boleh kita saksikan disaluran Astro Oasis 106, jam 7:30 petang setiap Ahad melalui rancangan Travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive : Travel Cinta Tang Guo Hua.



Puan Asyikin Rahmat dan suaminya Haji Ishaq Tang Guo Hua adalah dua individu yang membina empayar perniagaan tekstil mereka sendiri melalui dua jenama, Asyikin Exclusive dan BaBa Nyonya Shop. Segala jerih perih, susah payah, suka duka yang bukan sedikit dalam usaha untuk menempatkan diri dalam bidang fesyen Muslimah, kedua-dua mereka seterusnya menterjemahkahnsegala pengalaman tersebut ke layar kaca TV melalui rancangan Travelog berjudul Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua


Puan Nur Asyikin dalam Hi-Tea bersama rakan blogger dan media baru-baru ini menceritakan bahawa tujuan perkongsian mereka berdua adalah agar pengalaman berharga ini menjadi inspirasi buat usahawan di luar sana.


Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua yang bakal menemui penonton sebanyak 9 Episod keseluruhannya ini menjalani penggambaran di negara China di wilayah dan daerah yang masih 'suci' dan belum diterokai masyarakat dunia tapi kaya dengan khazanah alam semulajadi dan budaya nya yang tersendiri.



Sudah pun bersiaran selama 5 minggu dan semakin mendapat tempat di hati penonton semua. Misz-ella telah berpeluang menonton Episod ke 5 .. apa yang boleh Misz-ella kongsikan adalah rancangan ini sangat menghiburkan dengan gaya penyampaian dan penceritaan yang bersahaja oleh Puan Asyikin dan suaminya Haji Ishaq. Tak terasa 30 minit berlalu. Cepatnya dan tak sabar nak tonton lagi minggu hadapan.






OK Jom kita mengenali kedua-dua jenama ini dengan lebih lagi. Asyikin Exclusive yang bermula pada tahun 2000 dengan nama Asyikin Collection adalah jenama yang menjual produk pakaian muslimah. 


Ditukar nama kepada Asyikin Exclusive pada tahun 2013, kini jenama ini mempunyai tiga cawangan butik iaitu di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Menggunakan tagline solusi Aurat Anda, jenama ini juga boleh didapati melalui online iaitu di laman Facebook Asyikin Exclusive dan Instagram asyikin_exclusive. Asyikin Exclusive mendapat tempat di hati peminatnya kerana rekaan nya yang mementingkan keselesaan dan menepati ciri-ciri Muslimah sejati. Misz-ella dah memiliki beberapa helai pakaian dari Asyikin Exclusive ni .. you all jenguk-jenguk lah ye.

BaBaNyonya Shop ditubuhkan pada tahun 2011 dengan fokus menjual kain secara borong dan gulung kepada usahawan kecil, peniaga kain, pengusaha butik dan orang perseorangan. Kedai Fizikal BaBaNyonya Shop terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jln TAR). Kesemua fabrik diimport secara langsung dari negara China. Selain kain kosong, BaBaNyonya Shop turut menghasilkan fabrik cetakan sendiri yang eksklusif dan tidak terdapat di kedai-kedai lain. 


So itu lah dia serba sedikit tentang Asyikin Exclusie dan BaBaNyonya Shop dan jangan lupa .. jom kita tonton Jurnal Asyikin Exclusive : Travelog Cinta Tang Guo Hua setiap Ahad, 7:30 malam di Astro Oasis.





1 comment:

  1. best jugak tgok rancangan diorg ni, banyak tempat menarik yang belum diterokai. Lepas ni jom kita pulak ke sana..hehehe

    ReplyDelete