Pages - Menu

Butik Sincerely By Us dilancarkan semula - Peminat serbu gila-gila!

Hello readers ..

Kali ni jom layan cerita tentang kecantikan atau lebih tepat lagi cerita tentang sebuah Butik yang dipenuhi dengan koleksi baju-baju cantik yang bakal membuat penampilan kita lebih menarik.



Baru-baru ini Misz-ella telah dijemput ke Majlis Pelancaran Semula Butik Sincerely By Us yang bertempat di B-19-G Jalan Serai Wangi K 16/K, Alam Avenue 2, Shah Alam, Selangor. Butik yang baru menjalani renovasi ini dibuka dengan wajah baru khusus untuk pelanggan-pelanggan setianya pada 29hb Oktober 2016 yang lalu. Terima Kasih kepada pemilik Butik, Puan Noor Inora (lebih dikenali sebagai Nora) kerana menjemput Misz-ella dan rakan-rakan.

Misz-ella sempat bertanya .. Kenapa nama Sincerely By Us ini dipilih sebagai nama butik? Kata Puan Nora sebab segala yang ada di sini adalah Ikhlas dari Kami. Ummmm .. sweetnya! OK Jom tengok Butik Sincerely By Us ini.


Hiasan dalaman butik ringkas dan selesa. Warna-warna lembut dipilih untuk dinding butik disertakan pulak dengan sofa merah menawan yang sejuk mata memandang.



Deretan baju-baju cantik tergantung kemas dan rapi. Suasana dalam butik luas dan sangat selesa.

Misz-ella berpeluang masuk lebih awal ke dalam butik iaitu sebelum dibuka kepada orang ramai dan sempatlah menjenguk koleksi pakaian di butik Sincerely By Us ini. Kebanyakan pakaian di sini menepati citarasa Muslimah, dibuat dari bahan yang sesuai dengan cuaca negara kita yang panas, selesa dan sesuai dipakai di mana sahaja. Harga Jubah bermula dari RM50 sahaja.


Ummmm .. belek-belek .. jenguk-jenguk .. Sweet lah blouse warna pastel ni. Harga pun sangat berpatutan. 



Deretan pilihan tudung-tudung bermotif ceria dan cantik. Bayangkan pakai baju berwarna polos dan dipadankan dengan tudung berwarna seperti ini .. mesti korang tiba-tiba jadi .. WOW!! Terus berseri, kan. Dan jangan terkejut, harga tudung secantik ini bermula dari RM20 sahaja.


 Tak lama selepas itu pintu Butik pun dibuka kepada peminat-peminat setia Koleksi pakaian jenama Sincerely By Us ini. Tengok tu .. masing-masing teruja dan tak sabar-sabar nampaknya




Wahhh .. hebat, kan sambutan dari peminat-peminat setia Butik Sincerely By Us ni ..



Dan masing-masing pun sibuk memilih dan membawa pulang pakaian serta tudung idaman hati



200 orang pelanggan pertama mendapat hadiah istimewa dari Butik Sincerely By Us. Bertuah lah dia orang, kan .. dah la dapat beli dengan harga runtuh, dapat pulak hadiah tambahan ikhlas dari Puan Nora yang merupakan tudung bersegi dan shawl panjang. Moga makin murah rezeki Puan Nora nanti. Amin.


OK ini lah dia Puan Nora, pemilik butik Sincerely By Us

Misz-ella sempat berbual dengan Puan Nora dan bertanyakan kepada beliau tentang apakah rahsia koleksi pakaian jenama Sincerely By Us ini mendapat tempat di hati pembeli dan sehingga kini Butik Sincerely By Us mempunyai peminatnya yang tersendiri.

OK cerita ini sangat menginspirasikan Misz-ella sendiri. Menurut Puan Nora, beliau bermula dengan kecil-kecilan secara 'online' .. Yang Penting Jangan Malu .. Saya tebalkan muka "PM" setiap rakan-rakan "FB" saya minta tolong mereka "LIKE" dan sokong perniagaan saya. Saya juga sangat bertuah kerana mendapat sokongan penuh dari ibu bapa, adik beradik dan juga suami saya sendiri. Mengimbau saat memulakan perniagaan secara 'online', suami saya *masa tu baru bertunang* berulang ke Pejabat Pos menghantar pesanan pelanggan dengan menaiki motosikal sahaja. Perlahan-lahan saya kukuhkan perniagaan dan seterusnya membuka "Vendor Butik" dan sehingga kini, meski Butik Sincerely By Us sudah kukuh, Puan Nora tetap memberi sokongan kepada 'Vendor-vendor' beliau dengan mengekalkan "Vendor butik' tersebut yang terletak di Lantai dua di bangunan yang sama.

Puan Nora juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan beliau ke peringkat global iaitu ke Perth. Wahhh .. Misz-ella tumpang bangga!! 




Terima Kasih Puan Nora kerana menjemput kami. Misz-ella tumpang bangga menyaksikan kejayaan beliau menempatkan diri dalam bidang perniagaan dengan cara beliau yang tersendiri. Bermula dari kecil-kecilan, ikhlas, bersatu teguh dan menyokong sesama sendiri .. itu rahsia kejayaan beliau sebenarnya.

So you all .. hujung minggu dah dekat. Kalau ada perancangan untuk menambah koleksi pakaian di dalam almari, sila lah ke Butik Sincerely By Us ini.

Jangan lupa follow Instagram mereka di https://www.instagram.com/sincerelybyusofficial/ dan Facebook mereka di https://www.facebook.com/sincerelybyusshawls atau hubungi talian 03-5524 1806. Selamat Membeli Belah. Enjoy shopping, k.


No comments:

Post a Comment