Hello readers ..
Kalau Misz-ella katakan yang masa sangat cepat berjalan sekarang ini, mesti korang setuju, kan.
Pejam celik pejam celik .. dah setahun. Masih terbayang kemeriahan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 30 yang Misz-ella saksikan di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor tahun lepas. Bila 'Potret' nyanyian Akim & The Majistret jadi juara, Misz-ella pun happy sama.
AJL adalah Anugerah paling berprestij dalam industri seni suara negara kita. Bermula dengan pertandingan Muzik Muzik yang dihoskan oleh Ogy Ahmad Daud dan Azwan Ali 31 tahun yang lalu dan kemudiannya ditukar nama ke Anugerah Juara Lagu, AJL tetap istimewa di hati peminat seni suara tanahair kita termasuk lah Misz-ella sendiri.
Baru-baru ini Misz-ella telah ke Sidang Media AJL 31. Bertempat di Bentley Music Auditorium, Petaling Jaya, sidang media diadakan bagi mengumumkan giliran penyanyi yang bertanding di AJL 31 kali ini.
AJL 31 akan ke udara di kaca TV kita semua pada tanggal 22hb Januari 2017 secara langsung dari Dewan Merdeka, PWTC dengan konsep 'Cerita Dalam Lagu' dimana setiap persembahan artis akan berkisar tentang penceritaan maksud lirik yang ingin disampaikan.
AJL 31 akan diterajui oleh Penerbit Eksekutif, Puan Nurhul Huda Hj Khalid dan dibantu oleh penerbit saudara Zamzuri 'Ayau' Zaini. Pengacara AJL 31 turut diumumkan iaitu Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana, Fizi Hot FM dan Awal Ashaari.
Antara yang menarik tentang AJL 31 ini adalah para artis akan bertanding di pentas dua tingkat. Wow .. dengan ruang yang lebih besar ini, para artis boleh lebih berkreatif dalam persembahan mereka nanti. Manakala Pengarah Muzik AJL 31 nanti adalah 'favourite' Misz-ella. Nak tau siapa? Datuk Ramli MS lah.
Antara yang menarik tentang AJL 31 ini adalah para artis akan bertanding di pentas dua tingkat. Wow .. dengan ruang yang lebih besar ini, para artis boleh lebih berkreatif dalam persembahan mereka nanti. Manakala Pengarah Muzik AJL 31 nanti adalah 'favourite' Misz-ella. Nak tau siapa? Datuk Ramli MS lah.
Persembahan pembukaan pada Sidang Media itu adalah gesekan biola oleh Endang, yang mempersembahkan ke 12 lagu yang bakal dipertandingkan di AJL 31 secara Medley. Syahdu dan asyik sungguh menyaksikan persembahan gesekan biola Endang.
OK jom kita tengok giliran persembahan artis-artis yang bakal bertanding di AJL 31 nanti.
Akim & The Majistret - Obses
Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
Black - Anugerah Terindah
Khalifah - Hang Pi Mana
Dayang Nurfaizah - Lelaki Teragung
Projector Band - Sudah Ku Tahu
Shila Amzah & Alif Satar - Selamanya Cinta
Aiman Tino - Ku Rela Dibenci
Black - Anugerah Terindah
Elizabeth Tan Feat Awi Rafael - Setia
Syamsul Yusof Feat Mawi - Kalah Dalam Menang
Khalifah - Hang Pi Mana
Sufian Suhaimi - Terakhir
Hazama - Di Amaran Mama
Misha Omar & Hafiz Suip - Terimaku Seadanya
Projector Band - Sudah Ku Tahu
Sidang Media yang meriah itu diakhiri dengan persembahan medley oleh Hafiz, Juara Vokal Terbaik AJL selama dua tahun.
Bagi menghangatkan lagi AJL 31 ini, pihak TV3 telah menganjurkan beberapa aktiviti yang boleh disertai oleh netizen. Jom kita tengok mana yang sesuai dengan kita :-
Peraduan Karaoke #ajllaguku
Dari 15 Disember 2016 hingga 15 Januari 2017, para netizen boleh menyertai peraduan Karaoke #ajllaguku. Rakamkan video anda menyuai bibir atau nyanyikan semula lagu-lagu finalis AJL 31 dengan durasi 60 saat dan muat naikkan video tersebut di laman sosial Instagram anda. Gunakan hashtag #ajllaguku dan tag @tv3malaysia.
Jangan lupa menulis kapsyen 'Mengapa anda menggemari lagu tersebut' (tidak lebih dari 20 patah perkataan)
Lima pemenang bertuah akan menerima wang tunai berjumlah RM1,000.00 dan dua keping tiket ke AJL 31 pada 22hb Januari 2017 nanti.
Sesi Bertemu Peminat
Sabtu, 7hb Januari 2017 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur dari jam 2 hingga 6 petang akan didakan Sesi Bertemu Peminat. Peminat boleh dapatkan autograf, bergambar dengan penyanyi kesayangan mereka, bermain pelbagai permainan dan aktiviti serta saksikan persembahan eksklusif finalis AJL31.
So korang, jangan lupa .. Tandakan kalender anda hari ini juga.
'Spot the finalist with GrabCar Malaysia'
GrabCar Malaysia turut memberi sokongan kepada AJL 31. Sebanyak 12 'GrabCar' akan dihiasi wajah-wajah 12 finalis dan membawa mereka ke Acara Karpet Merah AJL31 nanti.
Wow .. Misz-ella boleh bayangkan bagaimana 'histeria' nya peminat semua nanti .. belum nampak kelibat artis dah bersorak gembira *sebab kenderaan artis dah sampai, kan*
AJL 31 turut mendapat sokongan padu dari rakan-rakan media AJL 31 iaitu Geng Radio Hot FM dan Kool FM, serta media rasmi Harian Metro, Berita Harian, ZIP dan juga geng digital portal video nombor satu Malaysia, tonton.
So, macamana? Teruja tak? Misz-ella sangat teruja sebab lagu-lagu yang ke peringkat akhir AJL 31 ini sangat berkualiti dan para artis adalah antara yang terbaik di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti Facebook, Twitter, Instaram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.
Mari kita sama-sama aktifkan hashtag #ajl31 agar sebarang perbualan atau komunikasi berkaitan AJL 31 dapat kita kongsi bersama dengan lebih efektif lagi.
AJL 31 juga boleh ditonton secara 'online' dengan geng digital tonton di www.tonton.com.my
Akhir kata, Misz-ella belanja sekeping gambar dengan Elizabeth Tan, yang mempertaruhkan lagi Setia. Elizabetah kata .. Kak, I nervous. Misz-ella kata 'All The Best. You Can Do It'
OKBye. Terima Kasih baca. Pesanan ikhlas dari Misz-ella "I Love AJL and I hope you love it too as much as I do". Lets get excited together with AJL 31. 22 Januari 2017, Mark your Calender, k.
No comments:
Post a Comment