Hello pembaca-pembaca kesayangan,
Misz-ella ke Menara Kuala Lumpur lagi. Seperti biasa, ke Menara Kuala Lumpur atas urusan kerja. Tiap kali dapat jemputan dari Menara Kuala Lumpur, mesti rasa nak pergi .. saya memang suka nak ke sana.
Kali ini bertemankan Blogger AJ dan Faten
Sky Box adalah kotak kaca yang membolehkan kita melihat pemandangan Kuala Lumpur 360 darjah pada ketinggian 421 metre above ground level.
Kali ke empat Misz-ella ke Sky box - Tiap kali ke sini keterujaannya tetap sama
Mengintai Kuala Lumpur dari Sky Box - Lahir dan dibesarkan di kota tercinta ini, Misz-ella sayang Kuala Lumpur sangat-sangat.
Tak tau nak cakap macamana perasaan tiap kali ke Sky box ni .. tempat ni selalu beri ketenangan dan kegembiraan pada Misz-ella. So bila Ellie (PR Menara Kuala Lumpur) jawab Yes .. Jom kita naik .. berbunga-bunga rasa hati. Kalau tak da orang mesti Misz-ella dah lompat-lompat dah *hehe* Kebetulan hari ini cuaca sangat cantik .. langit cerah tidak berjerebu. Jelas sungguh pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari Sky box ini.
Terima Kasih Ellie dari Menara Kuala Lumpur kerana sering jemput Misz-ella.blogspot.com untuk acara-acara anjuran mereka .. dapatlah Misz-ella kongsikan dengan blog reader semua, kan.
Untuk mereka yang tidak pernah ke Sky box, you shouldn't miss it. Jom kita ke Sky box dan nikmatilah pemandangan 360 darjah bandaraya Kuala Lumpur kesayangan Misz-ella ni.
Lagi cerita tentang Sky box ada di sini dan sini. Jemput baca ye dan nantikan entry terbaru Misz-ella tentang acara menarik anjuran Menara Kuala Lumpur tak lama lagi. Sekian. Bye.
No comments:
Post a Comment