Hello readers ..
Sekali lagi Misz-ella bawakan entry bercirikan fitness. Kali ini tentang KL Rush Explorace 2017 yang dianjurkan oleh Menara Kuala Lumpur yang diadakan sempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.
KL Rush Explorace 2017 adalah acara perlumbaan berinteraktif di mana peserta akan dibawa ke beberapa lokasi tarikan utama sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang sememangnya menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Peserta akan menerokai tempat-tempat tersebut dengan berjalan kaki sambil menyelesaikan cabaran-cabaran serta tugasan-tugasan yang bakal mencabar fizikal dan minda peserta dalam masa yang telah ditetapkan.
Encik Meor Shahril Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur dalam ucapan beliau mengatakan ~ Fokus utama KL Rush Explorace 2017 adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang tempat-tempat bersejarah dan pelancongan di sekitar Bandaraya Kuala lumpur di samping menyokong inisiatif dan seruan kerajaan untuk memupuk masyarakat yang cintakan Bandaraya Kuala Lumpur.
KL Rush Explorace pernah diadakan sebelum ini iaitu pada tahun 2014. Penganjuran KL Rush Explorace sekali lagi ini adalah sebagai tanda sokongan Menara Kuala Lumpur dalam usaha untuk mempromosikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi kebudayaan (culture), aktiviti lasak (adventure) dan alam semulajadi (nature). Acara ini bakal memberi pengalaman menarik serta menyeronokkan untuk semua peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
KL Rush Explorace pernah diadakan sebelum ini iaitu pada tahun 2014. Penganjuran KL Rush Explorace sekali lagi ini adalah sebagai tanda sokongan Menara Kuala Lumpur dalam usaha untuk mempromosikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi kebudayaan (culture), aktiviti lasak (adventure) dan alam semulajadi (nature). Acara ini bakal memberi pengalaman menarik serta menyeronokkan untuk semua peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
Selain dari berjalan kaki, peserta juga akan menggunakan pengangkutan awam yang dibenarkan semasa perlumbaan dalam jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan misi perlumbaan.
Sasaran peserta adalah sekurang-kurangnya 150 pasukan yang terdiri daripada orang ramai, organisasi korporat, agensi kerajaan dan semestinya Pemburu Harta Karun!!
KL Rush Explorace 2017 mendapat kerjasama dari Kementerian Wilayah Persekutuan - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB), Kementerian Pelancongan & Kebudayaan (MOTAC), Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), Eminent Display, Webe, Starbucks, KL CIty Gallery, KL Bird Park, Rapid Rail, Oishi, Hi Top Tea, Jabatan Hutan Kuala Lumpur, Muzium Telekom, Elang Wah Sdn Bhd (HoHo), Ultron dan Adabi.
Well .. sejujurnya, Misz-ella rasa KL Rush Explorace 2017 ini sangat best!! We are going to enjoy variety of activities and fun challenges as well as the beauty and uniqueness of Kuala Lumpur a while challenging ourselves to win the overall cash prizes worth RM10,000!!
Peserta-peserta KL Rush Explorace 2017 perlu membentuk sebuah pasukan seramai 4 orang dan setiap peserta mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. Yuran penyertaan aalah RM240.00 bagi setiap pasukan.
So readers semua, jangan tunggu lagi .. clearkan tarikh 26 Februari ini dan jom kita enjoy Kuala Lumpur dengan cara yang berbeza.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, hubungi 03-2020 5448 atau layari laman sesawang rasmi Menara Kuala Lumpur di www.menarakl.com.my
No comments:
Post a Comment