Pages - Menu

Aiman Tino lancarkan Sweet Aiman bersama Wonder Glow

Hello readers ..

Entry ini Misz-ella tujukan khas buat mereka yang berminat dalam bidang kecantikan, kesihatan dan juga peminat-peminat penyanyi Aiman Tino, khususnya.



Selepas melayakkan diri menjadi salah seorang Finalis di Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) melalui lagu popularnya Ku Rela Dibenci, Aiman Tino, atau nama sebenarnya Mohd Aiman bin Yusri, 18, kini mula mengorak langkah ke hadapan dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan bekerjasama dengan Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd (Wonder Glow).



Majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan Aiman yang diberi nama Sweet Aiman ini telah diadakan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail di Jalan Tanglin, Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 8hb Mac 2017.

Kalau readers nak tau, Aiman sebenarnya memang berminat dengan bidang perniagaan dan pernah menjual pelbagai jenis barang cenderamata kepada peminatnya ketika mengadakan persembahan di seluruh Malaysia. Sambil menghiburkan peminat, sambil menjual cenderamata .. macam tu lah cara Aiman mendekati peminatnya.



Wonder Glow, yang menyedari minat Aiman dalam bidang perniagaan telah bekerjasama dengan beliau untuk merealisasikan cita-citanya dengan lebih intensif lagi. Hasil perbincangan dan kolaborasi kedua-dua pihak, maka timbul lah idea untuk Aiman mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan beliau sendiri menggunakan nama ”Sweet Aiman”. Hummmm .. sweet sangat nama produk dia, kan .. se sweet Aiman Tino yang Misz-ella kenali ~ sentiasa merendah diri, berbudi bahasa dan hormat pada orang tua.


Datuk Ryzal Jamaluddin, Pengarah Urusan Wonder Glow amat berbesar hati  dapat berkerjasama dengan Aiman kerana beliau sememangnya seorang artis muda yang berwawasan dan berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pihak Wonder Glow yakin, dengan kredibiliti serta pengalaman Wonder Glow selama hampir enam (6) tahun dalam industri kosmetik, produk-produk ini akan mendapat tempat di kalangan peminat-peminat Aiman. Buat permulaan, tiga produk Sweet Aiman kini sudah berada di pasaran untuk menemui para peminat. Ke tiga-tiga produk Sweet Aiman tersebut adalah :-



3D Cream DD mineral Cushion


 Candy Cherry Brite

Cherry Brite HD


Buat Aiman sendiri, kerjasama ini adalah satu kepuasan pada dirinya kerana melalui produk ini beliau berpeluang mendekati peminat dengan satu lagi cara yang berbeza iaitu melalui kesihatan dan kecantikan.

Kerjasama ini juga mendapat tajaan Mydin Malaysia yang bakal menaja lokasi promosi Sweet Aiman bertemu peminat. 

So peminat-peminat Aiman Tino, sila ambil perhatian akan tarikh-tarikh berikut dan jangan lupa dapatkan produk Sweet Aiman sambil bertemu dengan beliau. Bila lagi nak jumpa Aiman Tino yang sweet sangat ni, kan.

Mydin Senawang, Negeri Sembilan -23 Mac 2017, 5 petang
Mydin City One, Sarawak - 8 April 2017, 3.30 petang
Mydin Samariang, Sarawak -29 April 2017, 3.30 petang

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Sweet Aiman, sila hubungi 010 7094042. Produk Sweet Aiman juga boleh didapati di kiosk-kiosk Wonder Glow seperti berikut:

1.    Lot 2-2-21 Busana Menara
Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur.

2.    Lot KF5, Level 1, AEON Mall Shah Alam
No 1, Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13
40100 Shah Alam

3.    F45 Tingkat 1 & Tingkat 2
Kluang Parade
Jalan Sentul, 86000 Kluang
Johor Darul Takzim

4.    Lot F38, level 1, AEON Kota Bharu
Lembah Sireh, 15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim.


Selain dari itu, you all boleh lah layari laman web Sweet Aiman di www.sweetaiman360.com dan ikuti Instagram Sweet Aiman di https://www.instagram.com/sweetaiman360deg/ supaya tak terlepas updet terkini.



Akhir kata, Misz-ella nak ucapkan Syabas dan Tahniah kepada Aiman dan Wonder Glow atas kerjasama ini. Misz-ella suka lihat anak muda menceburi bidang perniagaan tambahan pulak dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selamat Maju Jaya dan buat readers semua, marilah kita sokong produk buatan Malaysia, Bumiputera khususnya. Ok Misz-ella dah habis kongsi tentang Sweet Aiman dengan you all semua. Lepas ni kalau tengok Misz-ella semakin flawless itu kerana 3D Cream DD mineral cushion Sweet Aiman tau .. sebab Misz-ella dah dapatkan satu so you all jom lah cuba jugak. Jom kita cantik sama-sama dengan Sweet Aiman.


















No comments:

Post a Comment