Hello Blog,
I'm back. Rindunya nak menulis di blog selepas hampir dua minggu tidak berceloteh di sini.
Misz-ella sebenarnya baru pulang dari percutian ke 'Europe' dua hari lepas. Masih 'jet lag' masih kepenatan dan masih tak terurus lagi *hehe*
Kadang-kadang, sesetengah perkara berlaku dalam hidup kita tanpa diduga. Siapa sangka ada jodoh Misz-ella dengan benua Eropah dan benua Arab sekali lagi .. kali ini dengan misi berbeza, rasa dan suasana yang berbeza.
Dan sesungguhnya setiap pengalaman itu adalah sangat berharga. Misz-ella sangat bersyukur pada peluang yang diberikan ini kerana bukan semua di antara kita yang berpeluang merasai pengalaman ini. Bercampur baur perasaan Misz-ella sepanjang berkelana di bumi Tuhan ini. Ada masa hampir menitis airmata mengenangkan betapa berwarna warninya hidup insan kerdil bernama Misz-ella ini .. disebalik semua kekurangan dan kepincangan hidup, masih berpeluang menghirup udara segar dan melihat bumi indah ciptaan Allah SWT. Perjalanan selama hampir 12 hari ini sangat menginsafkan Misz-ella akan kasih sayang Allah SWT. Tiada hidup yang sempurna walau kita semua mahukannya. Perjalanan hidup Misz-ella mungkinlah tidak selancar atau secantik perjalanan hidup insan lain tetapi saya tetap rasa bahagia. Ye .. memang betul hidup saya banyak kekurangan di sana sini tetapi pada akhirnya, yang perlu ada dalam diri kita adalah rasa Bersyukur pada setiap kurniaanNya. Terima kasih buat mereka-mereka yang terlibat dalam percutian ke benua Arab dan Eropah Misz-ella. Terima Kasih kerana buat saya rasa disayangi dan dihargai. You guys are a great host! Semoga kita jumpa lagi.
Entry detail tentang percutian ini akan Misz-ella ceritakan nanti, ye. Terlalu banyak cerita .. lovely readers blog Misz-ella jangan lupa singah, k. OkBye. Nak pergi melepas lelah buat seketika. I promised I will be back later. Tq baca.
HI. Hehe cant wait tunggu update from you. :) Take a good rest.
ReplyDelete